berita

‘Patutlah Tak Kekok’ – Viral Foto Kahwin Dalam Banjir, Netizen Siasat Rupanya Isteri Kedua

December 3rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Viral beberapa foto photoshoot perkahwinan pasangan pengantin dari Thailand diambil ketika dalam keadaan banjir yang melanda sempadan Thai-Malaysia mendapat perhatian ramai. Disebalik foto tersebut ada kisah yang telah dirungkai oleh netizen sehingga mendedahkan identiti pasangan pengantin itu.

Rupanya, pengantin lelaki iaitu Syed Busri Syed Bakar sudah mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak sebelum bernikah bersama isteri terbarunya. Bagaimanapun, Syed Busri dan isteri pertama iaitu Fateemah Syedstopa mengeluarkan kenyataan di laman Facebook bagi menjernihkan keadaan.

Demi maruah keluarga saya dan suami

Isteri pertama iaitu Fateemah Syedstopa menerusi akaun Facebook miliknya hanya meluahkan kenyataan untuk netizen berhenti membuat spekulasi yang tidak benar demi maruah keluarganya.

Saya merayu untuk hentikan semua posting negatif ini. Ini adalah demi maruah keluarga saya dan keluarga suami saya.

Isteri pertama juga pergi majlis

Bagaimanapun, Syed Busri turut menceritakan dan menjelaskan situasi sebenar demi menjernihkan salah faham yang telahpun berlaku susulan penularan foto photoshoot itu.

Berdasarkan kisah yang telah viral itu, ada yang baik dan ada tidak baik, terpulang kepada anda sama ada ingin percaya ataupun tidak. Ianya terpulang kepada anda. Saya mengakui yang saya telahpun berkahwin dengan dua orang. Isteri pertama telah tahu mengenai hal ini sebulan sebelum.

Ramai yang menganggap saya telah kahwin lari. Sebenarnya tidak. Malah, isteri pertama saya juga datang untuk acara pernikahan isteri kedua saya itu. Saya tidak pernah buat perkara secara rahsia ataus sembunyi. Ini adalah demi kebaikan agama.

Semoga Allah memberi Hidayah

Syed Busri turut meninggalkan pesanan ringkas kepada umum yang masih membuat andaian sendiri mengenai rumah tangganya itu.

Semoga Allah memberi Hidayah kepada anda semua. Saya sangat bersimpati kepada anda. Bagaimana anda mahu menjawab apabila menghadap Allah nanti.

Foto sanding viral

Sumber: Syedbusri SyedBakar Alyahya, Fateemah Syedstopa

SKIP THIS AD ×