berita

Perempuan Lagi Bijak Dari Lelaki? Ini 6 Fakta Menakjubkan Tentang Wanita Yang Wajib Korang Tahu.

October 8th, 2019 | by Nurul
Insiprasi

Wanita sering dianggap sebagai insan yang lemah dan selalu bergantung harap kepada orang lain. Tapi, statement tu dah tak relevan untuk zaman sekarang ni. Perempuan dah setanding dengan lelaki dari pelbagai aspek tau. Antaranya dari segi pendidikan dan kerjaya.

Sayangnya, ramai antara wanita yang rasa mereka tak cukup bagus untuk sesuatu. Haa.. Meh Sis Katy kongsi antara fakta pasal perempuan. Serious cakap, wanita memang hebat!

1. Rasa Terbatas Bila Morning Sickness. Jangan Fikir Macam Tu!

Ramai ibu hamil mengeluh morning sickness menggangu aktiviti seharian sebab asyik rasa nak baring je 24 jam. Tapi korang kena tahu, morning sickness ada kelebihannya. Ia petanda kandungan korang kuat dan mempunyai peluang yang rendah untuk alami keguguran.

#2. Boleh Mendengar Nada Tinggi Dengan Lebih Baik

Bayi perempuan berusia 1 minggu dah boleh kenal suara ibunya walaupun masa tu penglihatan bayi masih lagi terhad. Awesome sangat! Tak boleh dinafikan perempuan boleh mengecam juga suara orang yang sedang bercakap benar ataupun sedang berbohong. Jangan main-main eh dengan perempuan!

#3. Lebih Bijak

Walaupun fakta mengatakan yang otak lelaki lebih besar, namun wanita menunjukkan kira-kira 3% hasil yang lebih baik dalam ujian kebijaksanaan. Semua orang tahu yang wanita boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Sambil masak, sambil makan, boleh juga menonton TV! Hebat kan?

#4. Lebih Cepat Sembuh Dari Penyakit

Hormon estrogen yang lebih banyak terdapat pada perempuan berbanding lelaki berfungsi untuk “menolak” proses penyakit atau keradangan. Senang cakap, badan perempuan lebih cekap,cepat dan mudah dalam mengendalikan penyakit.

Malah, estrogen juga melambatkan proses penuaan badan. Haa.. Sebab ni lah perempuan lebih cenderung untuk hidup lebih lama!

#5. Buah Dada Setiap Wanita Tak Sama

Sejumlah kecil wanita di dunia mempunyai saiz payudara yang sama. Tapi, kalau korang nak tahu, wanita asia adalah antara yang mempunyai payudara unik sebab tak ada seorang pun mempunyai saiz payudara yang sama. Wow, Sis Katy amaze!

#6. Simptom PMS Akan Datang & Pergi Seiring Umur

Perempuan lebih cenderung mengalami gejala PMS pada usia awal dan selepas 40-an kerana tahun-tahun tersebut adalah tahun kemuncak wanita mengalami perubahan hormon yang banyak. Masa ni mood takkan stabil ye. Kejap nangis, marah, suka dan kejap murung.

Kuat betul kita sebagai wanita sebab dapat lalui benda-benda berkaitan emosi ni kan. Korang mesti bangga dilahirkan sebagai seorang perempuan. Walaupun kita nampak lemah secara luaran tapi dalaman kita sangat kuat. Kalau tak, Sis Katy tak rasa kita mampu tahan sakitnya bersalin.

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

SKIP THIS AD ×