berita

Polis Tahan Lelaki Warga Bangladesh Ceroboh Tadika, Beri Alasan Nak Bagi Anak Roti

April 5th, 2022 | by khairil
Isu & Kontroversi

Sumber: Video Tular

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video memaparkan guru dan kanak-kanak di di sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Kuala Langat yang berdepan detik cemas apabila tadika berkenaan dicerobohi seorang lelaki warga Bangladesh.

Artikel Berkaitan: Sanggup Datang Dari Sungai Buloh Ke Seremban, Peminta Sedekah Warga Asing ‘Kutip’ RM2,000 Sehari

Artikel Berkaitan: Ceroboh Pusat Kebajikan Orang Tua & Rogol Warga Emas, Pengutip Besi Buruk Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Dilema’ Yuran Taska Anak Makin Mahal, Ada Sampai RM600 Sebulan – ‘Takkan Nak Pinjam PTPTN’

Alasan mahu beri roti kepada anak

Sumber: Video Tular

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd@Saleh berkata, polis terdahulu telah menerima laporan daripada guru wanita tadika berkenaan insiden tersebut pada jam 7.50 pagi, Jumaat (1 April) yang lalu.

Siasatan mendapati seorang lelaki warga asing menceroboh tadika berkenaan dengan alasan mahu memberi roti kepada anaknya. Namun, guru tadika memaklumkan ibu bapa tidak dibenarkan masuk.

Suspek bagaimanapun telah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru, seterusnya meluru masuk ke dalam kelas.

Beberapa bapa kepada anak-anak di tadika tersebut yang menyedari kejadian itu telah bertindak menangkap suspek. Namun melepaskan kembali selepas menyedari suspek tidak siuman.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dan suspek tidak mengeluarkan kata-kata ugutan.

Tidak terima pelajar warga asing

Sumber: Video Tular

Susulan insiden tersebut, pihak polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun itu di sekitar Taman Pahlawan, Telok Panglima Garang dan dia disyaki mempunyai masalah mental serta tidak bekerja.

Suspek tersebut gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis semasa tangkapan dilakukan

Pihak tadika juga tidak menerima pelajar warga asing.

Suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 488 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×