berita

Tak Ada Oven? Ini 5 Resipi Kek Ringkas Guna Kaedah Kukus!

November 1st, 2018 | by Arini Saleh
MyResipi

Kami yakin, kek merupakan kegemaran semua orang lebih-lebih lagi penggemar manisan. Kek sesuai dinikmati sebagai juadah minum petang dan sinonim dengan sambutan ulang tahun. Senang cerita, kalau cerita pasal kek pasti semua akan membayangkan kenikmatan rasanya sampai boleh kecur air liur. Betul tak?

Tiada oven? Jangan risau ini 5 resepi kek ringkas hanya menggunakan kaedah kukus. Dahlah sedap, gebu pula tu!

Kek lapis pelangi

Keunikan kek dengan lapisan warna warni ini pasti menimbulkan selera siapa yang melihatnya. Walaupun cara masakannya sedikit leceh, bahan yang diperlukan tidaklah susah. Hanya menggunakan beberapa jenis bahan yang sedia ada di rumah, anda sudah boleh membuat kek ringkas ini. Yang penting, tidak perlukan oven pun sedap!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-lapis-pelangi-kukus

Kek coklat moist

Wah sedapnya kek coklat! Bukan sahaja kanak-kanak, senang cerita hampir semua orang menggemari manisan berasaskan coklat ini. Rasa kokonya yang sedap membuatkan kecur liur setiap kali melihatnya. Kalau malas nak ke kedai, bolehlah cuba sendiri resipi ini di rumah. Mudah je, memang puas hati.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-coklat-moist-kukus-9b45e341-1d67-461f-9fbb-5aa9c9f59863

Kek lobak merah

Kek lobak merah atau carrot cake antara yang popular dalam kalangan penggemar manisan. Rasanya yang lain daripada yang lain membuatkan anda tak bosan setiap kali menjamahnya. Kebiasaannya, bagi mereka yang tidak menggemari kek coklat anda bolehlah mencuba carrot cake pula.

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-lobak-merah-kukus

Kek cream crackers

Bagi sesiapa yang ada lebihan biskut crackers pula, anda boleh variasikannya kepada kek cream crackers yang lazat ini. Nak lagi gebu, adunan perlulah digaul menggunakan mixer. Biskut pula boleh dikisar atau ditumbuk kepada kepingan halus. Jom cuba!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-butter-kukus

Kek pisang

Alahai sedapnya! Teringat kenangan sewaktu kecil menikmati kek pisang ini bersama teh o panas. Walaupun ringkas, boleh dikatakan kek ini menjadi kesukaan semua orang. Selepas ini, lebihan pisang bolehlah digunakan untuk membuat kek pula. Tak perlu bakar pun sedap tak terkata!

Resipi penuh : http://myresipi.com/recipes/kek-pisang-kukus-yg-mudah

Sumber : myresipi

The following two tabs change content below.

Most Read Today