Tidak dinafikan, perbuatan sihir sudah banyak terjadi dalam kalangan masyarakat kita sejak dari zaman dahulu lagi. Meskipun perbuatan tersebut jelas melanggar perintah Allah dan dilarang sama sekali dalam Islam, namun masih ramai yang sanggup melakukan perbuatan itu semata-mata untuk memenuhi nafsu diri sendiri.
Perkongsian pengguna Twitter njhh_k ini mungkin boleh dijadikan iktibar khususnya buat wanita di luar sana untuk lebih berhati-hati dengan masyarakat sekeliling supaya tidak mengalami nasib yang sama seperti seorang rakannya.
Kena jampi
Menurut gadis itu, rakannya yang bekerja sebagai site engineer didekati seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di situ sehingga ‘terkena jampi’.
Ceritanya, rakannya telah menangis secara tiba-tiba sebelum mula ‘angau’ pada keesokan hari selepas bersembang dengan lelaki tersebut.
Setiap hari kena tengok muka
Selepas disantau, rakannya juga seakan-akan ‘tergila-gilakan’ lelaki itu sehingga perlu menatap wajahnya pada setiap pagi.
Malah apa yang lebih mengerikan, wanita itu juga menangis dengan teruk pada setiap malam hanya kerana rindukan lelaki Indonesia itu.
Diajak ke Indonesia
Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu juga berani mempelawa rakannya untuk pergi ke Indonesia dalam statusnya bergelar seorang suami. Namun dia bernasib baik apabila tidak melayan ajakan lelaki tersebut.
Tinggal solat
Bercerita lanjut gadis itu berkata, selepas ‘diguna-guna’, rakannya seringkali meninggalkan solat kerana perasan ada sesuatu yang sedang memerhatikannya sekiranya dia menunaikan kewajipan itu.
Setiap malam bercakap di telefon
Sikap dan perlakuan pelik temannya itu turut disedari bos di syarikatnya bekerja. Selepas kerap kali ditanya, rakannya itu mengakui dia sedang ‘bercinta’ dengan lelaki tersebut malah turut menggunakan telefon bimbit syarikat untuk berhubung setiap malam.
Dihalau dari site
Menurut gadis ini, susulan daripada itu pekerja Indonesia tersebut telah diberhentikan kerja dan dihalau keluar dari site.
Masih berubat
Menurutnya lagi, rakannya kini sedang berubat susulan daripada kejadian yang berlaku itu. Katanya, perkongsian ini dibuat supaya orang ramai lebih berhati-hati terhadap orang sekeliling selepas ini.
Sumber: Twitter njhh_k