berita

Rita Rudaini Tidak Serik Menerima Lelaki Lain

October 24th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rita Rudaini merupakan nama yang tidak asing lagi dengan kontroversi rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Meskipun isu rumah tangga aktres ini mendapat liputan meluas di media masa, sebagai pelakon dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Rita tetap tabah mengharungi segala dugaan tersebut.

Mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi dirinya, Rita akui dia tidak serik untuk menerima kehadiran lelaki lain sekiranya rumah tangga yang dibina sekarang ini berakhir.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dan setiap tawaran baik drama mahupun filem saya anggap rezeki anak-anak. Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan untuk menentukan, siapa saya yang mahu melawan takdir kan? Walaupun rumah tangga saya berantakan dan tidak tahu apa penghujungnya, namun andai suatu hari nanti kami tiada jodoh, saya tidak akan serik untuk menerima lelaki lain dalam hidup saya dan anak-anak.”

“Walaupun saya boleh membesarkan anak-anak sendirian, tetapi saya tetap perlukan seseorang bernama lelaki untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami anak-beranak. Usia tidak menjadi hal, yang lebih penting lelaki tersebut haruslah mempunyai asas agama yang kuat, berpendirian teguh, tahu apa yang dilakukan dan bukan seperti lalang yang hanya mendengar dan mengikut kata-kata orang lain,” ulas Rita menerusi laporan Sinar Harian Online.

×