Kematian anggota polis iaitu Koperal Khairul Anuar ketika berjogging di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kelantan menimbulkan persoalan terhadap punca kematiannya. Seorang saksi iaitu Rizal Razak menceritakan detik-detik cemas ketika cuba menyelamatkan anggota polis itu yang tidak sedarkan diri walaupun sudah melakukan bantuan penafasan (CPR).
Berlari laju, tiba-tiba collapse
Kematian semasa jogging di Taman Tengku Anis. Allahyarham laju dia berlari dan tiba-tiba collapse. Orang ramai bantu dan buat panggilan ke hospital. Pihak hospital sahkan kematian pada pukul 10:00 pagi. Allahyarham tidak diketahui identiti, menanti kedatangan pihak polis.
Satu peringatan di depan mata hari ini. Kematian dekat dengan kita. Didoakan hayat kita diakhiri dengan husnul khatimah. Amin. Allahyarham merupakan anggota IPD Pengkalan Chepa, bernama Khairul. Disahkan oleh pihak polis.
Saksi ini turut terlihat mangsa berjogging dan memintasnya sebelum rebah tidak sedarkan diri. Ketika kejadian, ramai orang awam menghampiri untuk memberikan bantuan serta menghubungi pihak hospital berdekatan.
Kaki arwah pucat
Kredit foto: Sinar Harian
Sedikit perkongsian dari saya yang baru sahaja menyaksikan kematian mengejut semasa seorang anggota polis ini jogging. Beliau jogging laju dan memintas kebanyakan orang termasuk saya dan tiba-tiba collapse di hadapan. Waktu collapse, tindakan CPR agak lambat dan setelah dibuka stokin serta kasut, kaki arwah pucat.
Hasil dari tele-conversion dengan Doktor, salah seorang membuat CPR kepada arwah, (first time in lifetime buat CPR). Ada 2 kali arwah seolah olah bernafas semula kerana kami sangka beliau pitam, pihak kami teruskan CPR dan menguji nadi di lengan yang pada ketika itu masih panas (bernyawa).
Saksi dan beberapa oranga awam turut memberi bantuan penafasan (CPR) ketika mangsa tidak langsung sedarkan diri. Ketika saksi membuka stokin dia kelihatan kaki mangsa pucat.
Disyaki tidak jogging laju seperti biasa
Kredit foto: Sinar Harian
Namun selepas 20 minit, tiada perubahan dan setelah pemeriksaan dari petugas hospital, arwah disahkan meninggal dunia. Ada beberapa perkara yang perlu dijadikan pengajaran kepada kita termasuk mengetahui teknik CPR bagi memberikan bantuan secepat mungkin. Mengajar kalimah Lailahaillah (dalam kes ini, tiada sesiapa yang expect beliau meninggal dan tiada yang mengajar kalimah Lailahaillah kepada arwah).
Tidak push diri melebihi had – arwah bertubuh sihat dan merupakan anggota polis, disyaki tidak jogging laju seperti biasa. Hubungi ambulan segera (dalam kes ini, pihak kami bertindak segera). Jangan panik (saya panik, orang lain saya tak pasti). Jangan ambil mudah, ramai ingat arwah hanya pitam (arwah berseorangan, jadi tiada pihak yang push berkenaan arwah akan mati jika lambat ambil tindakan).
Apapun, perkongsian ini hanya untuk menambah ilmu kita untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi musibah sewaktu bersukan.
Selepas 20 minit memberi bantuan penafasan, masih juga tiada perubahan dan arwah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Saksi turut memberi tips sekiranya anda berdepan dengan detik cemas sebegini. Setidak-tidaknya anda perlu tahu sedikit ilmu supaya tidak gelabah dan mampu membantu mangsa.
Sumber: Rizal Razak