Bukan semua orang memiliki nasib yang baik dalam hidup mereka. Ada kala kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki. Perkongsian kisah pasangan ini meruntun hati setiap orang membaca. Hidup dalam serba kedaifan dan kesusahan tidak pernah dijadikan penghalang untuk pasangan muda ini terus bertahan mengukuhkan rumah tangga mereka.
Bayangkan dengan sarat mengandung, pasangan ini hanya bergantung kepada sebatang pokok untuk dijadikan tempat berteduh. Hampir setahun hidup mereka berdua daif setelah dibuang keluarga kerana miskin. Sedihnya..
Tidur dalam keadaan sempit
Sekarang saya tinggal di pondok usang ini di tengah bendang sawah atas tanah rizab milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kira-kira lima kilomter dari jalan ke Kampung Gelam Dua, Yan di sini.
Setiap malam saya dan isteri akan tidur secara bergilir-gilir memandangkan pondok usang ini sering ‘dikunjungi’ nyamuk selain terpaksa tidur dalam keadaan mengerekot kerana sempit.
Menerusi Astro Awani, mereka terpaksa berkongsi juadah makan tengah hari atau makan malam mereka iaitu mee segera. Mereka juga terpaksa tidur dalam keadaan sempit. Tambahnya, kadang kala, mereka sengaja memasak mi segera itu dalam tempoh lama bagi membolehkan mi segera itu kembang selain nampak banyak.
Terpaksa tinggalkan bayi bersendirian
Sedih juga dengan nasib macam ini tetapi saya tidak pernah membiarkan suami membanting tulang sendirian sebaliknya membantu mengambil upah menanam padi.
Ketika berpantang saya sudah mula membantu suami dengan meninggalkan bayi sendirian di pondok ini.
Hidup sebatang kara, dibuang keluarga kerana miskin merupakan nasib yang terpaksa dihadapi bagi Mohamad Amir Hamid, 22 tahun dan isterinya, Nor Zalila Zainol, 21 tahun selain anak kecil mereka berusia lima bulan.
Pasangan itu hanya mempunyai adik beradik memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia. Malah ketika sarat mengandung, Mohamad Amir dan Nor Zalila pernah menjadikan sebatang pokok sebagai tempat untuk berteduh selama hampir setahun.
Sumber : Astro Awani