berita

Selepas Nasi Lemak & Wonder Woman, Ratu Cantik Malaysia Bawa ‘Kuih-Muih’ Ke Pentas Miss Universe

November 13th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe atau Miss World merupakan satu acara tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh negara. Dalam pertandingan ini, segmen peragaan national custome adalah antara segmen yang sentiasa memberi ‘kejutan’ luar biasa buat semua penonton. Hal ini kerana, idea dan keunikan yang diketengahkan oleh pereka fesyen dengan menampilkan ikon negara adalah luar biasa.

Bagi pertandingan Miss Universe kali ke 68, sajian pemanis mulut tradisional dijadikan elemen pilihan dalam rekaan busana kebangsaan pada tahun ini yang akan berlangsung di Amerika Syarikat.

Berkonsepkan pemanis mulut

https://www.instagram.com/p/B4w4Q77JjPi/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Kostum yang akan diperagakan oleh Ratu Cantik Malaysia, Shweta Sekhon ini diilhamkan oleh pereka fesyen terkenal iaitu Carven Ong. Busana yang seberat 29 kilogram tersebut mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Apa yang menariknya, konsep  yang ditonjolkan oleh pereka fesyen merupakan sajian pemanis mulut tempatan yang menggabungkan elemen budaya kemelayuan, Cina dan peranakan.

Antara sajian pemanis mulut yang terdapat dalam replika busana itu adalah seperti kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian yang akan diperagakan oleh Ratu Cantik Malaysia, Shweta Sekhon.

Memartabatkan seni budaya tempatan

https://www.instagram.com/p/B4wiaO-AFfZ/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Menerusi laporan Berita Harian, Carven Ong menyatakan bahawa pemilihan konsep itu turut bertujuan untuk memartabatkan kekayaan seni budaya masyarakat tempatan.

Saya bersedia menerima kritikan rekaan busana berkenaan. Bagaimanapun saya percaya Shweta akan melangkah penuh yakin menggayakan busana itu nanti.

Pada saya tidak salah mengambil sajian makanan sebagai inspirasi rekaan kerana kita harus bangga Malaysia mempunyai pelbagai sajian makanan yang enak dan unik yang harus diketengahkan di mata dunia.

Dia memilih songket dan batik Nyonya sebagai fabrik untuk busananya itu memandangkan kedua-dua material tersebut adalah fabrik lazim yang digunakan oleh kaum Melayu dan Peranakan.

Memilih fabrik songket dan batik Nyonya

Tambahnya lagi, songket sering dijadikan pilihan dalam perkahwinan Melayu manakala batik Nyonya merupakan kebanggaan wanita Peranakan yang lazimnya dijadikan sarung iaitu kain panjang dan dipakai setiap hari.

Ong berkata, busana itu diilhamkan dari sajian pemanis mulut tempatan yang popular selain bertujuan untuk memartabatkan kekayaan seni budaya masyarakat Melayu, Cina dan Peranakan.

Shweta berkata walaupun busana tersebut agak berat untuk diperagakan tetapi dia akan mengambil ini sebagai cabarannya untuk bergelar Ratu Cantik Dunia.

Walaupun ia agak mencabar tetapi saya perlukan sokongan semua supaya terus yakin menggayakannya dengan baik sekali gus boleh mengharumkan nama negara.

Saya akan peragakan sebaik mungkin dan tidak akan menghampakan semua.

Sumber: Berita Harian, Carven Ong, Miss Universe

SKIP THIS AD ×