berita

Shuhada Akui Penceraian Buat Anak Trauma – ‘Saya Selalu Pesan Walau Apa Pun Jadi, Hafidz Tetap Ayah Mereka’

March 27th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan anak perempuannya, Humairah mengalami trauma susulan penceraiannya bersama bekas suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Kesal Hafidz Roshdi Tak Hadir, Syukur Mahkamah Luluskan Tambah Ibu Sebagai Penjaga

Guna khidmat kaunseling

Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, dia juga terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling demi memulikan semula semangat anaknya itu.

Sekarang pun, saya akan berjumpa kaunselor. Saya nak siapkan mental dia supaya dia tak rasa bahawa ayahnya menakutkannya. Buat masa sekarang, Humairah dah cukup besar untuk buat keputusannya sendiri.

Sejujurnya, saya pun takut sebab anak-anak nampak apa yang berlaku. Jadi, saya agak takut ia akan memberikan kesan terutama sekali kepada Humairah.

Saya tak mahu dia rasa semua lelaki teruk dan tak bagus. Saya kena jelaskan kepada dia, semua manusia tak sama.

Kalau Allah beri ujian, semuanya bergantung kepada diri kita, sama ada kita nak lari kepada Allah atau sebaliknya.

Kalau kita buat baik, Allah mesti bagi yang baik. Mereka pegang kata-kata itu.

Shuhada berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Selasa.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini memaklumkan bahawa dia sentiasa menasihati anak-anaknya untuk sentiasa menyayangi serta menghormati bapa mereka dalam apa juga keadaan.

Saya selalu pesan bahawa walaupun saya dan Hafidz dah bercerai. Humairah adalah anak Hafidz dan dia merupakan abah kepadanya, itu tak boleh ubah.

Saya selalu ingatkan dia bahawa tak boleh ubah hakikat itu. Jadi, Humairah kena hormat dan sayang Hafidz.

Walaupun agak mencabar untuk saya jelaskan tapi saya nampak yang mereka berdua sudah mula faham. Jadi, sebab itulah saya perlukan bantuan kaunselor sebab mereka lebih profesional dalam hal-hal sebegini.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023 dan mereka disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

SKIP THIS AD ×