berita

Tahniah! Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

February 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Memey bersalin

Tahniah! OHBULAN! ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi lelaki mereka semalam iaitu pada 1 Februari 2013 pada jam 9.55 malam.

Memey telah melahirkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan bayi comelnya secara norma.

Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan.

Untuk makluman, bayi lelaki ini diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim dan ia dilahirkan dua minggu awal dari tarikh Memey dijangkakan bersalin.

Memey Suhaiza dan Norman Hakim telah bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey sendiri di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor. Ini merupakan anak keempat Norman Hakim dan sebelum ini aktor tersebut telah memiliki tiga orang cahaya mata dengan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.

Sumber : Facebook Media Hiburan