berita

Tertekan Anak Tak Boleh Merangkak, Wanita Tergamak B*nuh & Buang Bayi Dalam Sungai

February 10th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita ditahan selepas dia tergamak membunuh dan membuang bayinya yang baru berusia sembilan bulan ke dalam Sungai Molong di Dudun Emang, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Gadis Hamil Anak Luar Nikah Panik Semasa Bersalin, Simpan Mayat Bayi Dalam Termos Nasi

Mengalami tekanan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, suspek yang berusia 21 tahun itu pernah mengalami tekanan apabila sering disuruh masak oleh ibunya.

Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara mereka dan suspek kemudian keluar dari rumah menunggang motosikal bersama anaknya ke Sungai Molong.

Bukan itu sahaja, suspek juga tertekan akibat sering diejek oleh jirannya kerana perkembangan anaknya yang lambat dan tidak boleh merangkak seperti kanak-kanak lain.

Saksi kejadian yang melihat suspek membuang anaknya ke dalam sungai segera menghubungi pihak polis.

Mangsa ditemui mati dan terapung 40 meter dari tempat pembuangan sampah.

Berdasarkan hasil bedah siasat, terdapat kesan luka di bahagian kiri leher dan pergelangan tangan mangsa. Suspek disyaki mengelar leher dan tangan mangsa menggunakan pisau.

Walau bagaimanapun, suspek masih menjalani pemeriksaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sumbawa.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×