berita

Tutup Buku Lama, Aliff Aziz Anggap Kemenangan Sebagai Permulaan Karier – ‘Saya Jadikannya Sebagai Satu Pedoman Dan Pengajaran’

January 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Aliff Aziz menyifatkan kemenangan pada malam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sebagai permulaan buat perjalanan seni kariernya selepas menempuh episod hitam.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Cikgu, Lebih Kepada Berkongsi Pengalaman 50 Tahun’ – Hetty Koes Endang

Buka buku baru

Diaju soalan sama ada ini kelahiran semula selepas kontroversi, mata Aliff terus berkaca. Kata pemilik nama Muhammad Aliff Aziz, dia menyifatkan kemenangan ini adalah permulaan kerjaya dia sebagai penyanyi dan pelakon.

Suami kepada pelakon Bella Astillah ini juga memberitahu gelaran juara yang diterimanya itu adalah rahmat untuk momen duka yang pernah dilalui sebelum ini.

Apabila bercakap tentang kisah lama membuatkan saya jadi emosi. Saya telah lalui banyak perkara sebelum ini.

Sebenarnya ini baru permulaan buat segala-galanya. Kemenangan ini bukan satu pengakhiran tetapi baru saja bermula.

Tak dinafikan ini juga sebagai satu rahmat buat segala kedukaan yang pernah saya alami sebelum ini. Saya amat bersyukur Tuhan telah susunkan satu jalan terbaik untuk saya.

Aliff berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas program tersebut melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad malam.

Bangkit selepas ‘jatuh’

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang menyatakan kejatuhan dia pada kisah lampau itu membuka matanya untuk bangkit semula meneruskan perjalanan sebagai pemain industri seni.

Jujur apa yang pernah berlaku dalam hidup, saya jadikannya sebagai satu pedoman dan pengajaran untuk terus bangkit daripada kealpaan dan salah silap sebelum ini.

Saya tidak mahu janjikan apa-apa, tapi apa yang saya katakan sebelumnya, ini adalah permulaan buat segala-galanya.

Kemenangan ini milik anda semua tidak kiralah peminat atau sesiapa saja. Jadi mana mungkin saya akan hilang dari radar selepas ini. Ini janji saya untuk terus menyinar dan memberikan yang terbaik.

Terdahulu, Aliff menumpaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Piala Gegar Vaganza.

Aliff mendendangkan Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip, manakala segmen ‘battle’ berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Foto: Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×