berita

[VIDEO] Hafiz Mahamad Kesal Gambar Isteri Diguna Sebagai Pemuas Nafsu, Tuntut Permohonan Maaf & Ingin Hantar Pelaku Tunai Umrah

February 28th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

aina hafiz

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mengakui berang apabila mengetahui foto isterinya, Syafiqah Aina digunakan menjadi bahan ‘pemuas’ nafsu netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Letakkan Kepercayaan Kepada Hafiz Tetapi Tetap Berhati-Hati’ – Syafiqah Aina

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Percaya Sangat Abang, Kena Check Juga Phone’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berhabis Setengah Juta, Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Gembira Filem Pendek ‘Misi Ainaa’ Dipuji Beto Kusyairy

Gambar Aina diguna untuk beronani

NetizenHarapHafizMahamadTakKahwinDua

Menurut Hafiz, dia dimaklumkan mengenai perkara jijik itu ketika keadaan kesihatannya merosot selama tiga bulan pada tahun lalu. Kata Hafiz, dia sudah berjaya mengumpul maklumat diri individu terbabit iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat.

Tiga bulan lepas saya ditahan di wad, atas sebab mungkin saya dah penat, tahap tekanan meningkat. Saya hentikan semua perkara, termasuk tak pergi pejabat dan tak guna media sosial.

Tapi dalam masa tiga bulan, macam-macam terjadi. Pekerja saya update ada orang buat perkara jijik kepada isteri saya dengan mengeluarkan air mani, melancap atas gambar saya.

Hanya saya sahaja tahu betapa marahnya, betapa rasa dayusnya saya pada waktu itu. Dah la dalam fasa tidak okey. Saya tanya awak satu perkara. Kalau awak di tempat saya, apa awak akan buat?

Datang bersemuka

@hafizmahamadAwak semua sahabat baik saya, doakan saya & isteri selalu ??? original sound – Hafiz Mahamad

Enggan masa depan pelaku musnah, ‘influncer’ ini menuntut permohonan maaf yang dibuat di hadapan Aina di pejabatnya yang terletak di Bangi, Selangor.

Selain itu, Hafiz juga ingin lelaki terbabit menghubungi ibunya dan meminta maaf tanpa menceritakan situasi sebenar.

Saya perlukan tiga perkara saja daripada pelaku itu. Satu, datang ke office saya berjumpa saya secara direct. Minta maaf dengan Aina di depan saya. Saya nak tengok permohonan maaf tu. No video, tak ada posting pasal awak tak ada.

Yang kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan mata saya mohon maaf. Tak perlu cerita salah awak kerana saya tahu awak takut nak beritahu perkara sebenar. Mungkin ibu boleh ampunkan dosa awak.

Bukan itu saja, bapa kepada dua cahaya mata ini ingin menghadiahkan pakej mengerjakan ibadah umrah untuk pelaku beribadat di sana.

Jika dua perkara ini awak boleh buat, ketiga saya akan bagi tiket umrah untuk awak ke sana. Insya-Allah mungkin masa depan awak akan okey selepas itu.

Saya nak bagi peluang kerana saya tahu awak mungkin sakit.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut sudah mencecah hampir 11 juta tontonan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×