berita

[VIDEO] Menangis Sebaik Lihat Alat Ujian Kehamilan, ‘PCOS Fighter’ Disahkan Hamil Selepas 6 Tahun Menanti!

December 12th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Memiliki cahaya mata merupakan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semua orang bernasib baik dan mampu merasai pengalaman indah itu terutamanya bagi wanita yang menghidapi sindrom ovari polisistik (PCOS). PCOS ini merupakan satu keadaan di mana penghidapnya mengalami kesukaran untuk hamil.

Seperti yang dikongsikan Dr Thoka Muhammad di laman Instagram, seorang wanita yang sudah 6 tahun menanti kehadiran zuriat dilihat menitiskan air mata sebaik melihat alat ujian kehamilan yang bertanda dua.

6 tahun penantian

Berdasarkan video berdurasi 3:44 saat yang dikongsikan itu, kelihatan seorang wanita terlalu gembira dan terharu sebaik sahaja dia membuka Kit Pregnancy Test dan mendapati dirinya kini sedang berbadan dua. Wanita itu walau bagaimanapun tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana penantiannya selama 6 tahun untuk memiliki cahaya mata akhirnya tercapai.

Menurut pakar Obstetrician & Gynaecologist itu, wanita tersebut yang merupakan penghidap PCOS telah memulakan rawatan sejak sebulan yang lalu. Namun, atas berkat usaha dan rawatan yang dilakukan, wanita tersebut disahkan hamil.

Netizen terharu

Perkongsian itu telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa terharu dan gembira dengan berita tersebut. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan mereka yang merupakan penghidap PCOS turut mengharapkan keajaiban yang sama berlaku pada diri mereka.

Sumber: Dr Thoka Muhammad

SKIP THIS AD ×