berita

Latest Posts

‘Pertempuran’ 3 Dekad! SPIDER Keluar Dari Sarang Bakal Live In Kuala Lumpur 22 Jun 2024

May 1st, 2024 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Kumpulan Spider bakal mengadakan konsert ‘Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024′ tidak lama lagi. Memilih tanggal 22 Jun, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi rendisi lagu terbaik Spider seperti Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Aladdin, Laukku Cukup Masin dan Nazraku.

Pada masa yang sama, korang mesti tak sabar nak dengar lagu Relaku Pujuk, betul tak?

Sementelah kugiran yang diasaskan di Johor Bahru ini bukan pemain baharu dalam belantika muzik. Spider adalah salah satu kugiran legenda tanah air yang penuh karya sinis dalam stail tersendiri.

Spider dengan album-albumnya termasuk yang perdana, Ngam Ho dan terakhir, Ankabut yang lahir pada tahun 2016 sudah mencetak pelbagai sejarah sekaligus menjadi kugiran rujukan sepanjang hampir 30 tahun berkarier.

Justeru Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 yang bakal berlangsung di Zepp KL pada 22 Jun 2024 disifatkan sebagai perjalanan panjang yang layak dinikmati bersama saat ia ‘keluar sarang’.

Sudah sekian lama mengidamkan sebuah konsert solo, Tam menyifatkan persetujuan di antara Spider dan IFIX Entertainment dapat dicapai dengan baik kerana konsep dan misi yang dibawa.

Setelah banyak terlibat dengan persembahan-persembahan di festival atau gig kecil usai pandemik, Spider melihat ini adalah masa yang tepat untuk kami ‘keluar sarang’.

Konsep ‘keluar sarang’ yang dicapai bersama IFIX Entertainment menjadi pertaruhan kami kerana peminat sedia maklum sudah cukup lama Spider tidak beraksi di pentas dalam konsert berskala besar.

Tentu saja Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan menjadi medan tempur  paling kecoh pernah dianjurkan.

Harga tiket

Tiket-tiket Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM179 sehingga RM259 yang boleh dibeli menerusi tapautix.asia.

Selaku penganjur, pihak IFIX Entertainment juga optimis Spider Keluar Sarang Live In Kuala Lumpur 2024 akan mencipta sensasi tersendiri di sebalik para penggeraknya.

Secara jujurnya pihak IFIX Entertainment sudah lama mengikuti perjalanan karier Spider. Spider adalah kugiran legenda yang bukan hanya memberi hiburan kosong tetapi banyak maksud tersirat dalam karya mereka.

Karya-karya yang dilahirkan Spider cukup tersendiri menjadikan mereka sebagai kugiran rujukan buat generasi masa kini yang mahu mencipta aliran muzik seumpama Spider.

Walaupun sepanjang hampir 30 tahun Spider hanya memiliki enam album studio penuh tetapi daripada setiap album yang terhasil, mereka punya banyak hit atau lagu popular yang diminati ramai.

‘Biar Mereka Buat Kerja’ – Amar Baharin ‘Update’ Emak Masih Pemilik Sah Geran Tanah

May 1st, 2024 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kecewa dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa ada dua geran berbeza.

Artikel Berkaitan: ‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin

Read More

[VIDEO] ‘Ini Masalah Peribadi Mereka, Kenapa Nak Buang Masa Polis & SKMM Untuk Siasat Isu Ini’ – Peguam

May 1st, 2024 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor tampil mengulas mengenai beberapa kenyataan yang meminta individu terpalit kontroversi menerusi siri pendedahan wanita Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine agar membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erma Fatima Minta Aliff Aziz ‘Be Gentleman’, Munculkan Diri Selesai Masalah – ‘Kau Dah Berak Sana Sini, Lepas Itu Hilang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adi Putra Komen Isu Aliff Aziz & Sarah Yasmine – ‘Tak Wajar Sentuh Isu Dengan Lagakan Dua Negara’

Read More

Fazura Takut Bawa Watak ‘Imani’

May 1st, 2024 | oleh Amirul Ilyasha
Kini Trending

Drama ‘Lelaki Itu’ arahan bersama Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif baru sahaja melabuhkan tirainya pada Isnin yang lalu dan berjaya menjadi fenomena sehinggakan watak-watak di dalam karya menjadi buah mulut wargamaya di media sosial.

Antara watak yang menjadi buah mulut adalah watak ‘Imani’ lakonan pelakon hebat, Nur Fazura yang meraih pujian orang ramai kerana berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa penonton.

Artikel Berkaitan:Muzik Video Dulu, Kini & Akhirnya Bikin Penonton Menitiskan Air Mata – ‘Mirza Sebenarnya Ada 4 Isteri?’

Read More

‘Saya Mendoakan Yang Terbaik Buat Bella & Keluarga Kecilnya’ – Muaz Zabir

May 1st, 2024 | oleh Shahrin
Kini Trending

Muaz Zabir

Pelakon baharu, Muaz Zabir mendoakan kemelut rumah tangga membabitkan pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menemui titik perdamaian.

Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Kongsi Peribahasa, Netizen ‘Pecah Kepala’ Fikir Maksud – ‘Rebung Tak Miang, Bemban Pula Miang’

Artikel Berkaitan: Dituduh Bercuti Berdua Dengan Muaz Zabir, Ini Penjelasan Pembantu Peribadi Bella Astillah

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×