berita

Foto: Yusry & Lisa Surihani Berkostum Demi Fazura

October 1st, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-30 at 22.12.15

Siapa sangka pada usia 30 tahun, pelakon jelita, Fazura masih lagi berpeluang menyambut ulangtahun kelahirannya seperti gadis remaja.

Untuk makluman anda, Fazura secara rasminya telah melangkah ke peringkat umur yang baru pada 27 September lepas dan sambutan hari jadinya itu diadakan di The Pool, Kuala Lumpur.

Apa yang menariknya, majlis bertemakan parti kostum itu kelihatan cukup meriah apabila ramai hadirin yang hadir bergaya seakan Harry Potter, Catwoman, Jack Sparrow dan banyak lagi.

Screen Shot 2013-09-30 at 15.22.18

Pada malam tersebut, Fazura sendiri memilih untuk menggayakan pakaian ala bidadari dan kelihatan sangat cantik di dalam busana berwarna hijau.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Fazura di Instagram, kelihatan Lisa Surihani dan Yusry juga turut sama mengikut tema pakaian sewaktu meraikan hari lahir pelakon itu.

Pasangan selebriti berkenaan dilihat sangat ‘sporting’ walaupun penampilan Lisa agak sukar dicam selepas dia mengenakan rambut palsu berwarna perang.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto sambutan hari lahir Fazura untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×