berita

Betul Ke Vape Boleh Bantu Perokok Berhenti Merokok?

May 1st, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Kalau korang perasan, kempen-kempen berhenti merokok di Malaysia ni bukanlah sesuatu yang baru. Malah, kerajaan-kerajaan di negara lain pun dah giat menjalankan pelbagai inisiatif untuk galakkan perokok menghentikan tabiat merokok ni sejak berpuluh-puluh tahun dulu.

Nak berhenti merokok bukan sesuatu perkara yang mudah, tapi tak mustahil kalau kena dengan kaedahnya kan? Mengikut pelbagai kajian antarabangsa, perokok digalakkan untuk beralih kepada produk yang kurang berisiko seperti vape. Betul ke?

Haa..jom kami kongsikan dengan lebih lanjut!

Vape, salah satu cara paling efektif untuk bantu perokok berhenti merokok..

Why vaping could give you cavities - CNET

Kredit: CNET

Menurut kajian yang dilakukan oleh King’s College London, vape merupakan kaedah yang paling berkesan untuk berhenti merokok berbanding terapi penggantian nikotin (NRT) atau melalui ubat-ubatan.

Kaedah itu juga banyak diguna pakai di negara seperti di United Kingdom (UK) dan New Zealand yang menjadikan vape sebagai alternatif kepada produk tembakau tradisional kerana didapati vape mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding rokok.

Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Public Health England (PHE), sebuah agensi kesihatan di UK mendapati bahawa vape adalah kurang mudarat sebanyak 95% berbanding merokok.

Vape diiktiraf sebagai produk kurang mudarat di luar negara

Kerajaan wajar kaji semula cukai vape, rokok elektronik | Usahawan | Berita Harian

Berita Harian

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan New Zealand telah melancarkan kempen ‘QuitStrong’ bertujuan untuk menggalakkan peralihan perokok kepada produk vape dan turut memberi kesedaran risiko penggunaan vape yang dilihat hanya mempunyai sedikit risiko berbanding merokok.

Di Malaysia pula,  semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape dikenakan duti eksais pada kadar 10 peratus berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Cecair rokok elektronik termasuk vape juga dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per milileter. Namun, cukai tersebut tak termasuk cecair vape yang mengandungi nikotin walaupun hakikatnya kebanyakan cecair vape di pasaran tidak dikenakan cukai.

Mungkin jika cukai dan kawal selia melalui peraturan diperkenalkan, kita mampu mengikut jejak negara-negara maju yang lain seperti New Zealand dan juga UK.

Pertandingan #Vape2Quit ajak pengguna vape kongsi kisah berhenti merokok

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) telah mengadakan satu pertandingan dengan kolaborasi influencer tanahair, Adrian Lo iaitu #Vape2Quit, untuk pengguna vape berkongsi perjalanan mereka berhenti merokok dengan memuat naik video ringkas ke laman sosial masing-masing.

Salah satu perkongsian dari Faris.K Reviews adalah, “Rokok tembakau mempunyai lebih banyak bahan kimia. Kerana itu saya memilih vape untuk mengurangkan ketagihan merokok.”

Menurut Azizi Khairuddin pula, “Saya gemar bermain bola sepak dan kebiasaannya saya akan pancit. Sejak saya tukar kepada vape masalah itu hilang. Keinginan saya kepada rokok juga berkurang sehinggalah akhirnya saya berhenti merokok,”.

Jom kita layan dulu video yang dikongsikan oleh salah seorang peserta #Vape2Quit!

Pertandingan ini dibuka kepada yang berumur 21 tahun ke atas dan untuk warganegara Malaysia sahaja.

SKIP THIS AD ×