berita

Cikgu Fadli Jawab Isu Tolak Tawaran Caprice, Bukan Tujuan Nak Sombong – ‘Aku Cuba Elak Orang Salah Guna Akhirnya …’

October 18th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, seorang guru dikenali Cikgu Fadli Salleh mendedahkan dia menolak tawaran penyanyi Caprice untuk masuk campur dalam dakwaan salah laku semasa bergelar penjawat awam.

Artikel Berkaitan: Cikgu Fadli Enggan Orang Luar Masuk Campur ‘Tunggang’ Kes Dengan KPM – ‘Dia Nak Masuk, Saya Tak Layan’

Artikel Berkaitan: ‘Nasib Cikgu Fadli Saleh Akan Diketahui Hari Ini’ – Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan

Aku tak minta dilayan

Respon itu menarik perhatian Caprice untuk bersuara di Instagram Stories miliknya.

Akui kecewa dengan sikap Cikgu Fadli, Caprice, 34, menyatakan selama ini dia memberi sokongan kepada golongan yang ditindas oleh pihak lain.

Pemilik nama Ariz Ramli beranggapan Cikgu Fadli sudah sombong sejak namanya dikenali.

Wow the hate is real. Kau punya hujah kita sokong. Tak payah la nak repost dan cakap kau tak layan. Aku minta dilayan ke dari kau?

Dah pengikut kita dari memang dari dulu minta kita bagi pendapat dan sokongan jadi apa salah aku sokong kau? Popular sikit dah sombong. Relax cikgu.

Biarpun begitu, pelantun lagu Lenglui enggan memanjangkan isu itu dan akan sentiasa menyokong Cikgu Fadli dan juga pendidik lain yang ingin memajukan sistem pendidikan di Malaysia.

Tak ada isu sombong

Sementara itu, Cikgu Fadli tampil memohon maaf sekaligus menafikan dakwaan dia sudah sombong. Tegas Cikgu Fadli, dia sememangnya tidak mahu ada mana-mana pihak yang ‘terheret’ sekali.

Selain itu, Cikgu Fadli juga berterima kasih kepada Caprice kerana mengambil berat tentang isu pendidikan.

Susulan menyuarakan pendapat tentang hal pendidikan, mesyuarat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah diadakan pada Isnin dan telah dimaklumkan kepada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Difahamkan, nasib guru matematik diuruskan oleh pihak urusetia lembaga tersebut dan keputusannya akan diketahui pada hari ini.

Sumber: Instagram capricedaddycap & Facebook Mohd Fadli Salleh

SKIP THIS AD ×