berita

Doakan Agar Kami Dikurniakan Cahaya Mata Dalam Masa Terdekat – Ernie & Syamel

April 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ernie Zakri

Umumnya mengetahui, penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah sah bergelar suami isteri pada Jumaat yang lepas. Bahkan semalam, berlangsungnya majlis resepi merpati dua sejoli yang diadakan secara sederhana dihadiri oleh keluarga terdekat, rakan artis dan kenalan rapat pasangan ini.

Artikel Berkaitan: Pasangan Sejoli, Sama Cantik Sama Padan. Sekitar Majlis Resepsi Wedding Ernie Zakri & Syamel

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima ‘Hadiah’ Dari Anuar Zain, Ernie Zakri Menitiskan Air Mata Di Hari Bahagia

Artikel Berkaitan: Keberkatan Jumaat Satukan Ikatan Cinta, Ernie Zakri & Syamel Sah Bergelar Suami Isteri

Ingin anak dalam masa yang terdekat

Foto: Ernie Zakri

Lapor Harian Metro, pasangan penyanyi ini berdoa supaya dikurniakan cahaya mata dan dipermudahkan urusan dalam mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun, jelas pasangan ini mereka sama sekali tidak merancang apa-apa malahan terima dengan rezeki yang dikurniakan olehNya.

Saya sudah masuk 29 tahun. Kalau boleh, doakan agar kami dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Kalau ada rezeki (anak), kami terima dengan hati terbuka.

Kami tak ada merancang atau menyekat apa-apa. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Saya doakan agar semuanya diberikan kelancaran.

Terdahulu, pasangan ini selamat disatukan pada 26 Mac yang lalu, selepas mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×