berita

Jom Bawa Keluarga ‘Bercuti’ Ke Insta Fiesta, Bandar Sri Sendayan. Memang Insta-Worthy Sangat!

May 6th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kita dah tak boleh rentas negeri. Bosan jugak bila hujung minggu tu terperuk je kat rumah. Anak-anak pun dah muka monyok sebab tak dibawa berjalan.

Haa..kami ada berita baik untuk orang-orang Negeri Sembilan ni! Bermula 1 hingga 30 Mei 2021 ni, korang boleh terokai pelbagai aktiviti dan lokasi menarik di Insta Fiesta, Bandar Sri Sendayan. Boleh bawak satu family!

Kalau korang nak tahu, Insta Fiesta ni bukan sahaja ada pelbagai aktiviti menarik, malah terdapat pelbagai dekorasi, persembahan budaya dan gerai-gerai makanan yang enak untuk korang sekeluarga nikmati!

Ini antara aktiviti-aktiviti di Insta Fiesta..

1. Fur-everland

Tarikh: 1 – 2, 8 – 9, 15 – 16 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Clover, Resort Residence

Jeju Teddy Bear Museum

[IMAGE AS APLACEHOLDER]

Siapa je yang tak minat dengan teddy bear kan? Haa..buat penggemar patung beruang, korang mesti enjoy sangat berada di Fur-everland ni sebab terdapat 50 Teddy Bear yang akan diletakkan sebagai display. Jangan lupa untuk join DIY Teddy Bear Workshops juga. Mesti anak korang suka!

Siapa kata tak boleh travel ke luar negara? Di Fur-everland nanti, korang akan merasa seperti berada di luar negara dengan dekorasi dan lampu-lampu ala-ala Europe. Bolehlah feeling-feeling bercuti!

Kat sana juga, turut disediakan permainan dan makanan ringan.

Klik sini untuk RSVP.

2. Teddy Bear House

Tarikh: 1 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 6:00 pm
Tempat: Crisantha Resort Homes

Kalau tadi, korang hanya boleh tengok display teddy bear je kan? Haa..di Teddy Bear House ni, korang boleh kunjungi rumah keluarga teddy bear iaitu ‘Romeo Home Sweet Home’! 

Ada mak teddy bear tengah masak, anak teddy bear tengah main kad dan macam-macam lagilah aktiviti keluarga mereka. Comel gila! Memang bergambar sakanlah korang. Instagram spot sangat!

Klik sini untuk RSVP.

3. Retro Raya

Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 3:00 pm
Tempat: Tiara Sendayan

Jaga pemakanan ketika beraya

[IMAGE AS A PLACEHOLDER]

Haa..dah puas bergambar dan upload di sosial media masing-masing, apa kata korang ke Retro Raya pulak! Kat sini, bukan je ada dekorasi raya yang ala-ala rumah terbuka, malah ada persembahan gamelan dan angklung juga.

Di ruangan kanak-kanak pula, ada pelbagai permainan tradisional dan moden yang anak-anak korang boleh sertai seperti Chapteh, Congkak, Hopscotch, Pertandingan Beyblade dan Mencanting Batik.

Selain itu, terdapat juga Raya DIY Arts dan Sudut Kraf yang bagus untuk kita semua pelajari.

Perut pun dah lapar, apa kata singgah makan dulu di gerai-gerai makanan. Ada makanan tradisi hari raya juga seperti sate, ketupat, kuih raya, lemang, nasi briyani, nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang ayam dan banyak lagi yang lazat-lazat semuanya!

Klik sini untuk RSVP.

4. Ice Cream & Neon Dreams

Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Ervina Ara Sendayan

Kredit: South China Morning Post

Dah kenyang makan tu, mestilah nak cari pencuci mulut pulak kan? Haa..jomlah ke Ice Cream House! Di sini, terdapat lebih daripada 60 jenis ais krim tau. Yummy!

Sambil-sambil makan ais krim tu, bolehlah tengok dekorasi bertemakan neon dan layan live band. Lepas tu, jangan lupa join Ice Cream Tastemaster Challenge untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Klik sini untuk RSVP.

Apa tunggu lagi guys, jom ajak keluarga dan kawan-kawan untuk bersuka ria dan merasai pengalaman menarik di Insta Fiesta!

Oh ya, jangan lupa RSVP dulu tau. Jumpa di sana!

Korang boleh RSVP di bawah ni:

Untuk maklumat lanjut, kornag boleh layari laman Facebook mereka di sini. 

#InstaFiesta #MatrixConcepts

SKIP THIS AD ×