berita

‘Mental Saya Dah Koyak, Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan’ – Zulin Aziz Nafi Berita Bercerai Gimik!

April 17th, 2023 | by Shahrin
Isu & Kontroversi

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menegaskan berita mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini yang didakwa sudah berakhir bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.

Artikel berkaitan: Padam Foto Suami Di IG, Zulin Aziz Muat Naik Kapsyen ‘Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami, Tiada Persefahaman’

Artikel berkaitan: ‘Semoga Allah Jaga Rapat Aib Kami’ – Zulin Aziz Enggan Dedah Punca Berpisah Dengan Suami?

Mental Zulin koyak

Menurut Zulin atau nama lengkapnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, dia memohon orang ramai agar berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung berita tersebut. Malah tegasnya hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.

Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa? Saya tak ada lagu nak keluar, tak ada produk nak lancarkan. Hal macam ini orang gila saja buat gurauan. Please stop!

Saya mohon doa. Hanya Doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik dekat korang.

Tiada sebarang penjelasan, Zulin bagaimanapun berharap dia dan suaminya akan menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan dengan membawa haluan masing-masing.

Saya berhenti bercakap sampai di sini. Tiada ada apa yang nak saya ulas lagi.

Terdahulu, Zulin memuat naik perkongsian di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir. Menurut Zulin, mereka sudah tiada persefahaman.

Untuk rekod Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada 20 Februari 2022 dan aktres itu pernah mengalami keguguran anak pertama pada Ogos tahun lalu.

Sumber: Zulin Aziz

SKIP THIS AD ×