Pejam celik, pejam celik tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sepanjang tahun ini, ramai golongan selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang, duda dan janda dengan pasangan masing-masing.
Kali ini, OhBulan! nak recap semula majlis perkahwinan selebriti yang mendapat liputan meluas daripada pihak media.
1. Syamsul Yusof & Ira Kazar
Segala teka-teki akhirnya terjawab apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengaku sudah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Ira Kazar pada awal tahun ini.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamsul memaklumkan pernikahan tersebut telah berlangsung di Thailand dengan berwalikan bapa kepada isterinya iaitu, Kazar Saisi. Malah, Syamsul juga menjelaskan bahawa perkahwinan mereka telah didaftarkan di Malaysia.
Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan.
Bukan itu sahaja, anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam ini turut meluahkan rasa syukur kerana telah selamat mendirikan rumah tangga secara rasminya pada 6 Januari 2023.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Sarah, Pulang Ke Rumah Agar Kita Dapat Berbincang’ – Akhirnya.. Syamsul Yusof Mengaku Nikah Dengan Ira Kazar
2. Nad Zainal & Ungku Ismail
Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video berpakaian pengantin serba putih sambil berpegangan tangan di masjid selain berkongsi tarikh 23 Januari 2023.
Pereka fesyen duo Seth & Luna tampil membuka cerita sekaligus mengesahkan Nad dan Ungku sudah sah menjadi pasangan suami isteri.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Seth & Luna yang sudah berkawan selama tujuh tahun berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia terbesar (pernikahan).
Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.
Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru, Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah.
Artikel Berkaitan: Terima Mas Kahwin RM1,000, Nad Zainal Sah Jadi Isteri Ungku Ismail
3. Janna Nick & Dini Schatzmann
Pelakon dan penyanyi Janna Nick sah bergelar isteri kepada aktor, Dini Schatzmann dengan sekali lafaz tepat jam 8.35 pagi di Pulau Langkawi.
Menerusi siaran langsung di TikTok Gempak, Dini, 28, kelihatan tenang dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.
Dengan hanya sekali lafaz, Janna dan Dini sah menjadi suami isteri.
Aku terima nikah Nurul Jannah Muner dengan mas kahwin RM2,703.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019. Selain itu, Dini turut menyerahkan seutas rantai emas kepada Janna.
Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan
4. Mizz Nina & Essam Muhammad
Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi berita gembira kepada umum apabila kembali bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan perkahwinan kali kedua dan menyifatkan sebagai takdir terindah daripada Allah SWT.
Kata Mizz Nina, 43, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad
5. MK K-Clique & Siti Hajaar
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, kira-kira jam 9.35 pagi Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Mahdi Mat Zain dan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 kepada Siti Hajaar beserta seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pihak pengantin perempuan.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas
6. Shuib & Watie Hanifiah
Penyampai radio Shuib dan usahawan, Watie Hanifiah sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 8.47 malam Jumaat.
Shuib, 38, yang memakai baju melayu berona putih kelihatan tenang duduk di sebelah bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.
Pemilik nama Shahmira Muhamad dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah dengan disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Ustaz Zubairi Ghazali.
Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir kedua mempelai.
Bagaimanapun, hantaran dirahsiakan dan hanya dikongsikan kepada ahli keluarga sahaja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
7. Fadlan Hazim & Aiya Mukhamedsalova
Pelakon Fadlan Hazim sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu, Aiya Mukhamedsalova, 29, kira-kira jam 10.27 pagi Ahad.
Hanya dengan sekali lafaz, Fadlan, 31, selamat disatukan dengan wanita warga negara Kazakhstan di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Sah Jadi Suami Wanita Kazakhstan
8. Michelle Yeoh & Jean Todt
Sudah hampir dua dekad menjalinkan hubungan cinta, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya sah bergelar isteri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari iaitu Jean Todt.
Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang diadakakan secara tertutup di Geneva, Switzerland, semalam.
Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang tetamu yang hadir iaitu pelumba Formula 1, Felipe Massa yang menyampaikan ucapan tahniah buat pasangan mempelai.
Artikel Berkaitan; Michelle Yeoh Kahwin Dengan Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Jean Todt
9. Shila Amzah & Ubai
Penyanyi Shila Amzah dan personaliti media sosial Ubai MZ selamat disatukan sebagai suami isteri tepat pada pukul 10.28 pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, Amir Amzah Salleh, 62, atau lebih dikenali sebagai ND Lala dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu
10. Intan Najuwa & Datuk Ahmad Asraf
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Datuk Ahmad Asraf Azman, kira-kira jam 6.45 petang Jumaat.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Datuk, Terima Mas Kahwin RM20,000 & Wang Hantaran RM222,000
11. Imran Aqil & Dahlia Rizal
Selepas setahun mengikat tali pertunangan, penyampai radio dan pelakon Imran Aqil akhirnya selamat diijabkabulkan dengan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, pada malam Sabtu.
Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Hot FM, Imran sah bergelar suami kepada Dahlia hanya dengan sekali lafaz.
Majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu menyaksikan Imran, 24, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia manakala wang hantaran dirahsiakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sah Jadi Suami ‘Influencer’ Cantik, Dahlia Rizal
12. Noh Salleh & Fatin Athira
Penyanyi Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Fatin Athira, pada pagi Sabtu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia dan isterinya sedang duduk di atas pelamin.
Noh dilihat tampan mengenakan baju melayu berwarna putih dan lengkap bersongkok, manakala Athira dilihat manis berbaju kurung moden dan bertudung berona yang sama.
Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, vokalis kumpulan Hujan itu hanya menulis nama mereka serta tarikh pernikahan.
Artikel Berkaitan: Noh Salleh Tamatkan Zaman Duda, Selamat Diijabkabulkan Dengan Fatin Athira
13. Angeline Tan & Sabri Yunus
Pelakon drama sitcom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu.
Perkahwinan antara dua pelakon tersebut dikongsikan oleh pelawak dan penyampai radio,Issey Fazlisham menerusi hantarannya di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Angeline Tan Sah Isteri Sabri Yunus
14. Fizi Ali & Siti Zulaikha
Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada 23 Oktober 2023, jam 10 pagi bersama pasangannya Siti Zulaikha, 30, di sebuah lokasi di Gombak.
Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai itu dilihat sangat indah dengan senyuman. Fizi Ali dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah Rezeki Saya Bila Berjumpa Dengan Seseorang Yang Ada Anak Perempuan Juga’ – Fizi Ali
15. Nabila Razali & Nik Iruwan
Penyanyi popular, Nabila Razali sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani pada pukul 10.11 pagi dalam sebuah majlis yang diadakan di The Chateau Spa and Wellness Resort Bukit Tinggi, Pahang.
Dengan hanya sekali lafaz, Nabila dan Nik Iruwan, 38, dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz dari Masjid Genting Highland.
Dalam majlis yang serba indah bertemakan English Garden, pelakon berumur 31 tahun menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Sah Jadi Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Bernilai RM22.50
16. Bunga Citra Lestari & Tiko
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari sah bergelar isteri kepada Tiko Pradipra Aryawardhana pada 2 Disember lalu.
Difahamkan BCL diwalikan bapanya sendiri dalam sebuah majlis tertutup berlatar belakangkan laut yang hanya dihadiri oleh 100 orang tetamu iaitu terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan pasangan tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL Tamatkan Zaman Balu, Sah Jadi Isteri Tiko Aryawardhana
17. Hafidz Roshdi & Athira Yuhada
Pelakon, Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada pilihan hatinya Athira Yuhada dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada Jumaat malam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi yang mengenakan baju melayu berona putih kelihatan begitu tenang ketika dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada iaitu Encik Abu Bakar di Glass House Event Space, Glenmarie, Shah Alam.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu 2’ itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pihak Athira.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’