Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menyaksikan rata-rata penyanyi berjaya ke pentas berprestij tersebut dengan hasil karya sendiri. Ini membuktikan bahawa negara memiliki penggiat seni yang bukan sahaja mantap dari segi nyanyian malah ‘masterpiece’ yang dihasilkan juga sangat bermutu.
Berikut OhBulan! senaraikan antara lagu ciptaan penyanyi-penyanyi hebat yang bakal berentap pada AJL38. Jom tengok!
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Siapa Layak Menang Vokal Terbaik? Aina Abdul, Ernie Zakri Atau Marsha Milan?
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: Marsha Milan Faham Perasaan Penyanyi Tak Layak Ke AJL – ‘Anggap Ia Sebagai Motivasi Untuk Terus Berkarya’
Aina Abdul
Penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul terus unggul di AJL kali ini dengan menaruhkan lagu berjudul Jangan Mati Rasa itu yang merupakan hasil ciptaanya.
Bukan itu sahaja, lagu tersebut juga telah diumumkan sebagai lagu terbaik pada saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38) dan pemenang lagu pilihan penaja.
Terdahulu, menerusi lagu Terus Hidup, Aina bergelar juara pada AJL37 selain meraih trofi Vokal Terbaik yang juga menyaksikan dirinya sebagai pencipta penuh lagu tersebut.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Tahun Ini Giliran Jangan Mati Rasa Itu, Saya Bawa Semangat Satu Lori Ainations’ – Aina Abdul
Hael Husaini
Antara nama yang tidak asing lagi di pentas AJL iaitu penyanyi dan komposer serba boleh Hael Husaini, mempertaruhkan lagu berjudul Bintang di pentas tersebut kali ini.
Bintang adalah hasil karya kerjasama Hael bersama TV3 dan Alternate Records Sdn Bhd.
Magis yang ada pada setiap ciptaan Hael dapat dirasakan sebelum ini setelah dua kali menjuarai AJL iaitu pada edisi ke-32 menerusi lagu Jampi dan lagu Haram bersama Dayang Nurfaizah bagi edisi ke-33.
Untuk info, Hael bukan sahaja membawa namanya, malah dia antara komposer yang turut membuka peluang kepada beberapa orang penyanyi terkenal antaranya Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita, Siti Nordiana, Jaclyn Victor dan Nabila Razali untuk turut berentap di AJL.
Artikel Berkaitan: #RoadToAJL38: ‘Ikhlas & Beri Jiwa Dalam Mencipta Lagu’ – Hael Husaini
Ernie Zakri
Bukan mudah untuk Ernie melangkah ke AJL kali ini setelah pelbagai kontroversi yang dilaluinya berikutan isu lagu Astana. Lagu tersebut adalah ciptaan Ernie bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman.
Bagaimanapun, rezeki tidak pernah salah alamat apabila Astana diumumkan antara lagu yang layak ke AJL38 sekaligus membuatkan para peminat berpuas hati melihat Ernie sendiri bakal membawakan lagu tersebut.
Sebelum ini, pihak syarikat rakaman menyatakan bahawa Ernie akan digantkan dengan Nadeera susulan isu terbabit.
Sementara itu, AJL38 juga bakal menyaksikan penyanyi berusia 31 tahun itu serta ibu saudaranya iaitu Ziana Zain bersaing untuk merebut gelaran juara.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Gembira Lihat Sokongan Peminat Kuat Untuk Lagu Astana, Terkejut #JusticeForErnie Trending
Aisha Retno
Penyertaan kali pertama, Aisha Retno mengejutkan ramai pihak apabila lagunya berjudul Sutera dinobatkan sebagai lagu terbaik pada saingan SFMM38 serta layak ke pentas AJL38.
Dalam pada itu, lagu yang dicipta bersama MFMF dan lirik ciptaan Aisha ini menjadi antara lagu yang disebut-sebut oleh warganet dan diramal bakal bergelar juara kerana elemen keunikannya.
Bakat besar yang dimiliki penyanyi berusia 23 tahun itu juga telah mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memuji persembahannya di SFMM38 lalu.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aisha Retno Keluar ‘Senjata’, Lagu ‘Sutera’ Diangkat Sebagai Lagu Terbaik
Amir Jahari
Menjadikan arwah bapa sebagai inspirasi untuk mencipta lagu Hasrat, ia telah melayakan Amir ke AJL38 dan melangkah setapak lagi perjalanan sebagai seorang penyanyi.
Amir sebelum ini berkongsi bahawa dia mengalami satu fasa hidup yang sukar iaitu sewaktu mengetahui bapanya menghidap penyakit kanser sebelum meninggal dunia pada tahun lalu.
Difahamkan, Amir juga tidak dapat mengawal emosi setiap kali mempersembahkan lagu berkenaan kerana teringat akan arwah bapanya.
Untuk info, Hasrat adalah runut bunyi bagi filem Imaginur yang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Diana Danielle.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Amir Jahari Sebak Lagu ‘Hasrat’ Layak Ke AJL38 – ‘Lagu Itu Dibuat Waktu Dapat Berita Arwah Ayah Diserang Kanser’
Anugerah penuh berprestij ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu berentap dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac hadapan.
Siapakah yang layak merangkul gelaran juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah penyanyi-penyanyi terkenal ini bakal mengulangi kemenangan mereka? Atau sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.