berita

Wahh, McCafé Nak Belanja Korang Kopi PERCUMA Sempena Bulan Kopi Sedunia. Bestnya!

September 27th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Mana pencinta kopi tu, sila hadir! Siapa yang dah selalu beli kopi dekat McCafé ni mesti dah tahu rasa dia macam mana kan? Bila dapat minum tu pehhh sedap dan syahdu betul! 

Ha…kalau korang nak tahu, sempena Bulan Kopi Sedunia Oktober ni, McCafé nak belanja korang semua kopi secara percuma tau! Jom min share macam mana korang nak dapatkan…

Boleh redeem melalui aplikasi McD sahaja

Mesti tak sabar kan? Cara untuk korang dapatkan Kopi Susu Ais McCafé ini secara PERCUMA mudah je guys! Korang kena order menu apa yang korang di aplikasi McD melalui Pesan dan Ambil, lepastu dah boleh tebus Kopi Susu Ais McCafé (M) dengan setiap pembelian. 

Nak lagi mudah, buka aplikasi McD dan klik je pada gambar macam kami tunjuk dekat atas ni. Senang kan! 

Eh jap, korang ada dengar ke MV terbaru Vibe Kopi Susu oleh Saloma feat. Sonaone & Daiyan Trisha? Memang mantap giler! 

Untuk pengetahuan korang, sempena Bulan Kopi Sedunia ini juga, McCafé ada lancarkan Muzik Video terbaru di YouTube, memang best dan vibe wehhh! 

Apa yang menarik dan uniknya tentang MV Vibe Kopi Susu McCafé ini adalah kerana ia menampilkan penyanyi Biduanita Malaysia iaitu Saloma, dan disatukan dengan artis Malaysia yang berbeza generasi seperti pelakon tempatan Daiyan Trisha serta penyanyi rap SonaOne! 

Pehh! Ini merupakan satu elemen baharu untuk lagu Kopi Susu tu kan! Ni kalau sambil minum kopi lepastu dengar lagu ni pulak, mesti vibe gila! 

Ha! Yang mana belum tengok tu, korang boleh check it out video dekat bawah:

“Kopi susu kurang manis tambah gula, badan lesu karena hati tergoda, Satu, dua, tiga, empat aku belanja Setiap rasa McCafé ada

Amacam? Memang layan betul dengar MV ni weyyy! Min pun dah terbuai-buai dengar lagu ni. 

Sambil layan kopi percuma tadi, tau-tau dah habis pulak, alahai… Alaaa, takpe! Korang boleh je beli hidangan Set Nilai Hebat (McValue Meal) dan kemudian upgrade minuman korang kepada kepada Kopi Susu Ais McCafé (M) atau Latte Ais (M/L) dengan hanya RM2* je! 

Ha! Boleh minum puas-puas, bestnya! 

*tertakluk kepada terma dan syarat

Bukan tu je, Geng Ceria McCafé pun ada dan akan mengelilingi korang sepanjang Oktober ini!

“Satu, dua, tiga, empat aku belanja. Setiap rasa McCafé ada”

Ha kena pulak dengan lirik lagu Vibe Kopi Susu kan! Kalini korang dah boleh standby dah sebab McCafé nak belanja Kopi dan korang boleh vibe dengan Geng Ceria McCafé dan layan pelbagai aktiviti menarik dengan mereka nanti! 

Nak tahu dekat mana lokasi yang mereka akan pergi, korang boleh tengok senarai dekat bawah ni:

Ha…kalau korang ada di kawasan berdekatan dengan lokasi-lokasi di atas tu, jangan lupa pakat serbu dan rebut peluang untuk tebus dan nikmati kopi percuma dan layan aktiviti menarik dengan mereka

Untuk tahu maklumat lanjut mengenai Geng Ceria McCafe, korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×