berita

Syarikat Produksi A.Aida Menang Saman, Amelia Henderson Diperintah Bayar Lebih RM200k

April 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penerbit Datuk A Aida dan pelakon, Amelia Henderson tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak yang berlaku sebelum ini.

Artikel Berkaitan: A Aida Bakal Saman Amelia Henderson & Idris Khan, Tarik Diri Bagi Alasan Mengarut

Syarikat produksi A.Aida menang

Foto: Harian Metro

Mahkamah Sesyen Sivil membenarkan saman yang dikemukakan syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. terhadap pelakon Amelia Henderson berhubung isu pelanggaran kontrak drama Sekali Lagi Cinta Kembali, tahun lalu. Keputusan tersebut diputuskan selepas Hakim Zulqarnain Hassan mendapati Amelia selaku defendan secara jelas telah melanggar terma-terma kontrak dalam drama terbabit.

Pelakon berusia 28 tahun itu diperintah membayar ganti rugi am selain faedah 5% kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000 kepada A.Aida Production Sdn. Bhd.

Terdahulu, Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian drama Sekali Lagi Cinta Kembali seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini. A Aida bersama pengarah drama, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan.

Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu dan menafikan telah melanggar kontrak drama terbabit.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×