berita

[VIDEO] Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Bagitahu Nak Gugur Kandungan – ‘Dia Ada Whatsapp Saya’

May 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai keguguran yang dialami isteri kepada Hafidz Roshdi, Nur Syuhada Mat Syukri.

Berita itu mengejutkan ramai pihak memandangkan usia kandungannya baru sahaja mencecah usia 14 minggu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prosiding Lafaz Cerai Hafidz Roshdi Ditangguh Ke 20 Jun Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Kesal Prosiding Cerai Ditangguhkan – ‘Saya Dah Pakai Cantik Datang Mahkamah’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ngantuk Sikit’ – Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Bagi Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai

Hafidz buat laporan polis

Suami kepada Shuhada, Hafidz mendakwa bahawa isterinya itu ada memaklumkan kepadanya mengenai keinginan untuk menggugurkan kandungannya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Dia (Shuhada) ada berWhatsApp dengan saya, memberitahu dia nak gugurkan kandungan. Jadi saya buat laporan polis sebagai satu cara ‘covering’ bagi pihak saya.

Tapi tahu-tahu dia dah gugur. Jadi bila dapat tahu dia dah gugur tu, saya buat satu lagi laporan supaya pihak polis dapat membuat siasatan.

Shuhada minta duit untuk proses keguguran

Tambah Hafidz lagi, Shuhada juga ada memintanya sedikit wang untuk digunakan bagi membiayai proses keguguran.

Dia ada meminta duit daripada saya untuk membiayai kos pengguguran.

Tetapi tiada sebarang bukti seperti resit daripada pihak hospital jadi saya buat dua laporan polis berhubung isu ini

Biarlah pihak polis yang jalankan siasatan.

Terdahulu, Shuhada mengesahkan dia telah mengalami keguguran anak ketiga mereka berdua.

Berita itu telah menimbulkan spekulasi ramai pihak yang mendakwa isteri kepada finalis hero remaja itu menggugurkannya secara haram namun, dinafikan sekeras-kerasnya.

Untuk info, Shuhada telah memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Ia susulan timbulnya dakwaan Shuhada mengenai finalis Hero Remaja itu yang dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dikenali sebagai Athira Yuhada.

Walau bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Hafidz dituduh melalukan keganasan dengam sengaja sehingga meninggalkan keceraan terhadap Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Namun, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan.

Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

@ohbulanofficial

Replying to @sipipipau80 Semoga segala urusan Hafidz dan Shuhada dipermudahkan..#ohbulan #fyp #news #hafidzroshdi #nurulshuhada

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×