berita

Wanita OKU Jadi Mangsa Eksploitasi Sek* Ibu Kandung & Bapa Tiri

March 21st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran dipercayai telah dijadikan mangsa eksploitasi seks oleh ibu kandung dan bapa tirinya sendiri.

Artikel Berkaitan: Polis Berkas Seorang Lelaki Didakwa Cabul Wanita Di Dalam Tandas Masjid

Artikel Berkaitan: Atuk Tergamak Cabul Dua Gadis Bawah Umur, Cucu Sendiri Jadi Mangsa

Mangsa diselamatkan polis

Anggota polis Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan mangsa dalam satu serbuan menerusi Op Pintas di sebuah rumah di Desa Wawasan, Jalan Tembikai 2 di daerah Seberang Perai pada 15 Mac lalu.

Menurut penjelasan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh, ibu dan bapa tiri mangsa berusia 20-an tersebut telah ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 14 Atipsom 2007.

Kedua-dua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 14 Atipsom 2007 dan Seksyen 15 Atipsom yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menyatakan bahawa operasi menyelamatkan wanita OKU pembelajaran tersebut adalah antara kejayaan pihak polis kontijen Pulau Pinang bagi suku tahun ini sejak Januari lalu.

Dalam pada itu, pihaknya juga berjaya memberkas seramai 16 orang lelaki dan empat orang wanita warga asing yang dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan tidak sah.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×