berita

Caprice Bagi Bayangan Isteri Kena Sihir, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Kehidupan Peribadi Patut Kekal Privasi’

June 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Dugaan datang bertubi-tubi. Itu yang boleh diungkapkan buat penyanyi Caprice selepas rumah tangganya dengan isteri, Farra Inalis Hussni, 27, kerap diganggu sejak berkahwin.

Artikel Berkaitan: Isteri Kena Kacau Dengan ‘Najib’, Daddycap Bagi Masa 24 Jam Untuk Datang Bersemuka

Ingat ujian makin kurang

Terbaru, Caprice atau selesa dipanggil Daddycap memberi bayangan seakan isterinya terkena sihir. Menerusi hantaran di Instagram (IG), penyanyi berumur 34 tahun ini berkongsi video yang memaparkan isterinya sedang tidur sambil ditemani ayat ruqyah.

Kata pemilik nama Ariz Ramli, dia sudah mendapatkan ustaz untuk membantu mengubati isterinya. Namun, dia tertanya-tanya kenapa ramai pihak yang mempunyai hasad dengki dengan dirinya dan isteri.

Sebelum ini, saya fikir, selepas kahwin, tentu ujian akan lagi berkurangan. Di sebalik semua senyuman, filters dan video-video yang dipaparkan. Sebenarnya, sejak tujuh bulan lalu, saya melalui banyak benda baru yang kita kena uruskan.

Kali ini kita cuba bantu isteri pula. Dah berapa kali ustaz datang berubat dia. Selain itu, baru-baru ini, ada pula tiga orang lain yang berani menghubungi dia di telefon di tengah malam dan ganggu. Saya cuma nak tahu, kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri saya?

Perlu bantuan

Dalam pada itu, pelantun lagu Lenglui akui penat untuk berdepan dengan perbuatan syirik selain perlu menguruskan perniagaan dalam masa sama.

Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. Lepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat bersimpati dengan dugaan yang menimpa di samping mencadangkan agar Caprice membawa isterinya ke Pusat Rawatan Islam Darussalam.

Sebelum ini, Caprice mendedahkan isterinya diganggu oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Najib di aplikasi WhatsApp.

Caprice berkahwin dengan Farra Inalis atau disapa Elis yang berasal dari Kelantan pertengahan November tahun lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media. Elis merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofia.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

SKIP THIS AD ×