berita

Lelaki Bunuh Tunang Kerana Dituduh ‘Main Kayu Tiga’ Dengan Seekor Lembu

February 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Akibat berang dituduh curang dengan seekor lembu di ladang, seorang lelaki di Indonesia telah menyerang dan membunuh tunangnya.

Artikel Berkaitan: Dipukul Dengan Rantai Basikal & Dibakar Guna Seterika 10 Tahun Lalu, Pembantu Rumah Menang Pampasan RM476k

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatima Menangis, Tak Sampai Hati Tengok Daddy Kena ‘Pukul’

Bunuh guna sepana

Gambar sekadar hiasan

Menurut Ketua Unit Jenayah Polis Ende, Yance Kadiaman mendedahkan mangsa seorang wanita berusia 35 tahun telah diserang dua kali oleh suspek yang berusia 44 tahun itu.

Berdasarkan laporan, suspek telah menyerang mangsa kali pertama pada 4 Februari lalu tetapi hanya memukul dengan tangan kosong. Namun suspek yang berasal dari wilayah Nusa Tenggara Timur itu mula bertindak agresif semasa serangan kedua pada 7 Februari dengan memukul mangsa menggunakan sepana.

Suspek kecewa dengan mangsa kerana mangsa telah menuduhnya melakukan hubungan seks dengan seekor lembu di ladang mereka.

Selepas mengalami kerosakan otak akibat dipukul, mangsa meninggal pada keesokan harinya setelah menerima rawatan di hospital.

Dibawah undang-undang Indonesia, suspek mungkin akan berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Coconuts

SKIP THIS AD ×