berita

OPPO Find X5 Pro 5G Dah Tiba Di Malaysia, Lengkap Dengan Ciri-Ciri Premium & Keupayaan Kamera Yang Ditambah Baik!

May 31st, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Berita baik buat peminat peneraju jenama peranti pintar global terkemuka OPPO, baru-baru ini OPPO Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon pintar terbaru mereka iaitu Find X5 Pro 5G ke pasaran Malaysia.

Lebih menarik, Siri Find X ni merupakan rekaan berprestij dan premium sekaligus menawarkan keupayaan kamera canggih tapi dengan harga yang sangat berbaloi.

Jom kami kongsikan antara kehebatan OPPO Find X5 Pro 5G ni!

Ciri-ciri yang telah ditambahbaik & keupayaan AI yang dipertingkatkan!

Untuk pengetahuan korang, OPPO Find X5 Pro 5G ini hadir dengan Pengimejan NPU OPPO sendiri iaitu MariSilicon X yang mengaktifkan 4K Video Malam Ultra melalui sensor utama Sony IMX766 dan Penektukuran Warna Semulajadi Hasselblad.

Ia juga dibantu oleh generasi terkini, pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 berbilang teras untuk 30% prestasi lebih tinggi dan 25% lebih kecekapan kuasa berbanding generasi sebelumnya.

Bagi bahagian kamera pula, ia dilengkapi dengan penstabilan Imej Optik Lima Paksi Tahap SLR untuk kestabilan yang lebih tinggi semasa merakam video. Memang akan berikan pengguna satu pengalaman yang premium!

4K Video Malam Ultra dan kemampuan fotografi

OPPO juga telah menambah baik ciri fotografi telefon pintarnya ke tahap yang seterusnya dengan membangunkan NPU Pengimejannya sendiri iaitu MariSilicon X yang membolehkan pengguna merakam 4K Video Malam Ultra dan mengambil gambar berkualiti tinggi pada waktu malam dengan mudah.

Berdasarkan proses 6nm, MariSilicon X bukan hanya memberikan kuasa pengkomputeran AI yang paling berkuasa tetapi juga Algoritma Pengurangan Hingar (AINR) untuk hasil keseluruhan gambar yang lebih tepat dan berkualiti.

Kamera belakang lebar dan ultra lebar yang digabungkan dengan sensor andalan canggih Sony 50MP IMX766 berserta saiz sensor 1/156” dan 2um saiz piksel besar juga mampu menghasilkan tangkapan malam serta swafoto yang menakjubkan.

Direka untuk pengalaman premium dalam genggaman

Dari segi rekabentuk pula, OPPO Find X5 Pro 5G juga hadir dengan bahagian belakang seramik sebenar ultra keras iaitu dua kali lebih kuat berbanding kaca konvensional dan mempunyai pelesapan haba yang tinggi serta kalis percikan, air dan habuk.

Ia juga tersedia dalam kedua-dua warna unik Ceramic White dan Glaze Black menjadikan ia berada dalam kelasnya yang tersendiri!

Jom tempah sekarang dan nikmati faedah & servis premium!

Bagi yang tertanya-tanya dan tak sabar untuk memiliki OPPO Find X5 Pro 5G ni ia kini boleh didapati dengan harga RM4,999!

Oh ya, tempahan dah pun dibuka dan korang boleh membuat pembelian melalui laman sesawang rasmi OPPO, Shopee dan Lazada tau.

Lagi best, dengan setiap pembelian OPPO Find X5 Pro 5G, pembeli berpeluang untuk menikmati Servis Premium OPPO, di mana pengguna dapat menikmati 7 faedah utama seperti Servis Kurier-Hantar-Masuk percuma, servis Talian Ekslusif 24 jam, Jaminan Antarabangsa dan banyak lagi!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oppo.com.my

SKIP THIS AD ×