Foto: IndiaTvNews
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki di Tamil Nadu, India yang membeli motosikal menggunakan wang syiling satu rupee berjumlah 2.6 Lakh (kira-kira RM14,436).
Artikel Berkaitan: Hasil Menabung Syiling Selama 3 Tahun Wanita Berjaya Simpan Hampir RM20k, Pasang Niat Nak Tunaikan Umrah
Artikel Berkaitan: 8 Bulan Menabung, Pelajar Sekolah Selamba Bawa Duit Dalam Beg Plastik Beli Motosikal Kawasaki Ninja
10 jam kira wang syiling
Foto: KalingaTv
Memetik laporan Times of India, V Boopathi, yang merupakan seorang YouTuber itu berjaya membawa pulang motosikal model Bajaj Dominar 400 dari bilik pameran di Salem selepas melalui proses pengiraan yang mengambil masa lebih 10 jam.
Difahamkan dia menggunakan kereta sorong untuk menghantar bungkusan mengandungi syiling itu kepada kakitangan premis berkenaan.
Guna wang hasil daripada saluran YouTube
Foto: Shiksha News
Menurut Boophati, dia telah bertanya harga motosikal impiannya itu sejak tiga tahun lalu. Sejak dari itu dia mengumpul duit siling sedikit demi sedikit untuk membeli motosikal yang berharga kira-kira RM11,109.
Saya meyakinkan pengurus premis untuk menerima syiling satu rupee dan juga memberi jaminan untuk mengambil tanggungjawab menukarnya kembali kepada mata wang sekiranya menghadapi sebarang masalah.
Difahamkan pada mulanya, pengurus jualan di bilik pameran kenderaan itu berat hati menerima bayaran dalam bentuk syiling. Bagaimanapun, kerana tidak mahu mengecewakan pelanggannya, dia akhirnya mengalah.
Sumber: Times of India