berita

Rakyat Malaysia Kongsi Kebaikan Pembayaran Tanpa Tunai. Jom Ikuti Apa Kata Mereka!

December 14th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kredit : The Conversation

Pembayaran tanpa tunai atau cashless bukan lagi benda baru dalam masyarakat kita. Malah, ia dah jadi amalan masyarakat di negara maju dan Malaysia sendiri apabila kita lihat, di mana-mana pun termasuklah gerai makan di tepi jalan pun dah mula menyediakan servis pembayaran tanpa tunai.

Kali ni, OHBULAN ingin kongsikan pendapat-pendapat rakyat Malaysia tentang pembayaran tanpa tunai dan apa manfaatnya kepada mereka!

1. “Jimat masa!” – Leyna

13,503 Home Shopping Videos and HD Footage - Getty Images

“Waktu-waktu covid ni, lebih baik duduk rumah je kalau takde urusan penting di luar. Lagi mudah sekarang ni dah boleh buat transaksi tanpa tunai pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut keselesaan dan kesesuaian kita. Tak payah susah-susah nak keluar. Selalunya, untuk beli barang dapur atau pesan makanan pun memang saya akan bayar menggunakan perbankan dalam talian je. Mudah!”

2. “Tak payah beratur di bank” – Sherry

Mumby Insurance Brokers

Kredit: Mumby Insurance Brokers

“Bila kena beratur dan tunggu lama di bank memang boleh buat hilang mood. Sekarang ni, nak bayar bil dan utiliti pun semua boleh buat melalui JomPAY je. Kalau korang takut terlupa bayar bil, pakai je DirectDebit untuk set bayaran berkala (recurring payments). Senangnya!

3. Lebih selamat dan boleh kawal perbelanjaan – Sulaiman

Contactless debit card payments reach record high - Your Money

Kredit: Your Money.com

“Kalau nak shopping, tak payah bawak cash banyak-banyak. Bahaya! Kalau tak cukup cash masa nak bayar pun no problem. Guna je kad yang memang confirm akan bawa iaitu kad ATM, dah boleh bayar barang yang dibeli melalui MyDebit. Bila tak pegang cash banyak-banyak, takdelah rasa nak beli macam-macam”

4. Bisnes lebih mudah diuruskan dan kurang risiko kesalahan – Aidil

Kredit: Freepik

“Bila buat bisnes yang menggunakan jual beli secara tunai ni kena hati-hati. Bayangkan tiap-tiap hari nak depositkan wang tunai berpuluh ribu ringgit ke dalam akaun bank. Nak kira pun susah dan kena teliti. Kalau short sikit duit sebab human error, tak pasal-pasal kena ganti duit sendiri. Sebab tu, saya lebih suka transaksi tanpa tunai. Jimat masa, lebih selamat dan mudah nak kira kutipan perniagaan harian dengan tepat”

Sekarang korang dah boleh lakukan transaksi tanpa tunai di agensi-agensi kerajaan terpilih!

Berita baik untuk korang semua, kini, terdapat 14 buah agensi kerajaan yang menerima transaksi tanpa tunai atau cek menggunakan kad ATM MyDebit di kaunter atau melalui Perbankan Internet menggunakan JomPAY, FPX atau DirectDebit dari mana-mana bank di Malaysia yang terlibat!

Ini antara jenis-jenis transaksi yang disediakan:

MyDebit

MyDebit adalah perkhidmatan pembayaran menggunakan kad ATM yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran atau pembelian dengan selamat dengan memasukkan nombor PIN atau kaedah tanpa sentuhan (wave) pada peruncit Terminal Point-of-Sale (POS) menggunakan wang yang didebitkan dari akaun bank pelanggan.

JomPAY

JomPAY pula adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membayar sebarang bil melalui internet atau perbankan mudah alih menggunakan wang dari akaun Simpanan, Semasa atau Kad Kredit.

FPX

FPX adalah perkhidmatan penyelesaian pembayaran dalam talian yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran untuk pembelian mereka dalam talian melalui internet atau perbankan mudah alih kepada pedagang yang mengambil bahagian menggunakan wang dari akaun semasa dan simpanan.

DirectDebit

DirectDebit adalah perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran bil berkala secara automatik terus dari bank akaun dengan kebenaran pelanggan.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terpilih adalah:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
2. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
5. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
6. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
7. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
8. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
9. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
10. Kehakiman (Mahkamah)
11. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
12. Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA)
13. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
14. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Lebih menarik, korang juga berpeluang memenangi hadiah bulanan yang hebat!

Sebuah SUV Yang Hebat | Gohed Gostan

Kredit: Gohed Gostan

Kalau korang nak tahu, bermula hari ini sehingga 30 April 2021, korang boleh sertai peraduan Cashless Boleh di mana, korang layak untuk bawa pulang pelbagai hadiah menarik apabila korang melakukan pembayaran tanpa tunai atau cek!

Memang bukan biasa-biasa hadiah bulanan yang ditawarkan ni!

  • Pertama – 1 x Proton X70
  • Kedua – 1 x Perodua Myvi 1.3
  • Ketiga – 1 x Yamaha Y15ZR
  • Keempat – 5 x Telefon pintar

Tertakluk terma dan syarat

Jadi, apa lagi korang tunggu? Jangan lepaskan peluang keemasan ni. Mungkin Proton X70 bakal jadi milik korang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web PayNet.

SKIP THIS AD ×