berita

SFMM36: Noraniza Idris Tunai Umrah, Bunga Isme Nyanyi Dengan Penyanyi Pengganti

December 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Bunga Isme antara penyanyi yang pertama kali bersaing ke pentas Muzik Muzik 36 Separuh Akhir (SFMM36) yang akan berlangsung pada 31 Disember depan dan disusuli 1 Januari 2022.

Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli ‘Chop’ Tiga Tempat, Iman Troye & Bunga Mara Ke SFMM36

Perasaan campur baur

Menurut Bunga, 21, dia berasa takut dan gementar untuk bersaing merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).

Akuinya, dia tidak pernah terfikir Intan Payung yang merupakan lagu kolaborasi bersama penyanyi otai, Noraniza Idris akan berjaya melolos.

Semestinya saya gementar, takut dan teruja sebab ini kali pertama saya menyertai SFMM36. Sebenarnya, saya tidak pernah menjangka lagu ini berjaya memasuki carta Muzik-Muzik 36.

Terima kasih kepada Luca, Kmy, Siqma dan Kak Ani. Ini kerana jika bukan kerana orang hebat dalam industri muzik, saya tidak berada di sini. Mereka sudah banyak mengajar saya bagaimana mahu membawakan lagu ini.

Belum pasti siapa ganti

Bagaimanpun, dedah pemilik nama Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, Noraniza atau mesra disapa Kak Ani tidak dapat bertanding bersama disebabkan mengerjakan ibadah umrah.

Katanya lagi, dia akan tampil dengan penyanyi pengganti namun belum ditentukan siapa yang akan menggantikan posisi Kak Ani.

Sebenarnya, saya baru dapat berita daripada Warner Music bahawa Kak Ani tidak dapat bertanding ketika SFMM36 disebabkan mengerjakan ibadah umrah.

Jadi, kami sedang memikirkan siapa yang boleh menggantikan Kak Ani. Ia masih dalam perbincangan dan ada beberapa nama seperti Shiha Zikir atau Zizi Kirana dicadangkan.

Tetapi, Shiha tidak dapat menyertainya kerana menjadi salah seorang peserta SFMM36. Jadi, kami kena lihat sama ada Zizi boleh menjayakan atau tidak.

Walaupun bersama pengganti Kak Ani, harapnya semua peminat seronok dengan persembahan kami.

Sumber: Instagram @bungaisme

SKIP THIS AD ×