berita

Syamsul Yusof Nak Tarik Balik Saman Terhadap Jawi & Maiwp?

June 22nd, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof, 39, menyuarakan hasratnya untuk menarik balik saman yang difailkannya terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Artikel Berkaitan: Semua Kes Tuntutan Syamsul & Sarah Selesai, Termasuk Saman Ira Kazar

Ibu terima gambar mengaibkan

Memetik laporan Harian Metro, perkara itu disahkan wakil Maiwp, Datuk Adnan Seman selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Aisyaf Falina Abdullah pada Rabu.

Syamsul selaku plaintif, mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan Maiwp sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu kerana didakwanya telah menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya, Datin Patimah Ismail berhubung kenyataan isteri keduanya ketika itu, Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar.

Pengarah filem Munafik itu mendedahkan bahawa ibunya ada menghantar gambar pernyataan mengaibkan yang mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis pada 20 Disember 2022 menerusi aplikasi Whatsapp.

Menerusi hantaran mesej tersebut, gambar pernyataan yang disebar kepada ibunya itu mengandungi fakta yang mengaibkan serta memalukannya.

Saya kemudiannya menghubungi Faghira Fatini yang saya panggil sebagai Ira Kazar berkenaan dengan gambar pernyataan itu yang diterima dan dimaklumkan oleh Ira Kazar bahawa beliau dipanggil oleh defendan ketiga (Maiwp) untuk merakam keterangan atas satu siasatan . Ia berdasarkan satu laporan yang dipercayai dibuat oleh isteri saya (ketika itu), Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pernyataan itu dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) yang Ira Kazar percaya adalah pegawai penyiasat dalam siasatan itu.

Saya dinasihatkan oleh peguam bahawa, keterangan yang dirakam itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang mana pernyataan yang dirakam adalah dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan pernyataan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama.

Tertekan punca failkan saman

Syamsul turut memaklumkan bahawa penyeberan fakta mengaibkan itu telah menyebabkannya dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan.

Bukan itu sahaja, perkara itu telah menyebabkannya mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.

Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress‘ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira.

Menurut Syamsul, tindakan defendan atau ejen itu sekaligus telah mengaibkan serta memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×