berita

[VIDEO] Hukum Asal Poligami Adalah Harus, Mesti Melalui Proses Taaruf Untuk Berkenalan – ‘Bukan Bercinta Belakang Isteri’

August 22nd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

tesla poligami

Jangan romantiskan poligami.’ Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Mamma Ell susulan kontroversi panas yang berpunca daripada pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla.

Artikel Berkaitan: Netizen Bongkar Abang Tesla Kenal Isteri Pertama Dah 13 Tahun – ‘Bercinta Dari Zaman Sekolah’

Artikel Berkaitan: ‘Poligami Adalah Sesuatu Yang Allah Beri Untuk Perbetulkan Kesilapan’ – Netizen Migrain Baca Kenyataan Abang Tesla

Kena tahu hukum asal

Abang Tesla kahwin 2

Menerusi video di TikTok, wanita yang menggunakan nama Mamma Ell menekankan hukum asal poligami adalah harus tetapi boleh berubah mengikut situasi.

Kata Mamma Ell, individu yang berilmu tidak akan mudah untuk berpoligami kerana takut tidak dapat berlaku adil kepada isteri-isteri.

Pertama sekali kita kena tahu hukum poligami itu ialah harus tetapi boleh berubah mengikut situasi. Boleh jadi sunat, makruh ataupun haram.

Yang kedua, orang yang betul-betul berilmu tidak bermudah nak berpoligami. Ilmu apa? Ilmu agama. Itu yang paling penting. Sebab dengan ilmu agama taqwanya akan bertambah. Taqwa ialah rasa takut kepada Allah.

Apabila rasa takut kepada Allah dia tinggi, dia akan takut tidak dapat menunaikan tanggungjawb dengan baik untuk semua isteri dan tak dapat berlaku adil dan sebagainya.

Tambah Mamma Ell, ramai yang berkongsi tentang keindahan poligami namun tidak menekankan ketidakadilan yang berlaku kepada isteri dan keluarga.

Yang ketiga, ramai suka bercerita manfaat poligami. Indahnya poligami.. Tetapi tak ramai kongsikan ayat-ayat dalam al-Quran tentang peringatan dan ugutan kepada suami yang tidak adil dalam perkahwinan kerana poligami ini terlalu banyak berlaku ketidakadilan dalam keluarga poligami.

Bukan saja kepada isteri dan keluarga pertama tetapi ada juga yang tak adil kepada isteri dan keluarga kedua, ketiga dan keempat.

Mampu bukan setakat dari segi kewangan

tesla kahwin 2

Dalam pada itu, Mamma Ell memohon untuk tidak mempengaruhi lelaki lain untuk berkahwin lebih daripada satu.

Jelasnya lagi, langkah untuk berpoligami haruslan mengikut landasan agama dengan melalui proses taaruf iaitu berkenalan dengan bakal isteri menggunakan orang ketiga.

Keempat, jangan pengaruhi lelaki lain untuk poligami kerana poligami itu berat. Betul Islam membenarkan poligami tapi Islam juga meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk poligami. It’s not for everyone.

Yang kelima, jika berhasrat untuk poligami ia mestilah dilakukan mengikut landasan agama. Bukannya buat hubungan lain di belakang isteri bahkan ada yang sampai tahap berzina kan. Tapi bila nak menikah lagi satu, tiba-tiba boleh pulak dia petik ayat ‘poligami itu sunnah.’

Masa bercinta senyap-senyap tak ada pula fikir hukum hakam halal haram. Poligami mengikut landasan agama tak ada bercinta. Mestilah melalui proses taaruf berkenalan dengan bakal isteri melalui orang ketiga. Mungkin ahli keluarga atau isteri sendiri.

Poligami ini tidak hina tetapi yang membuat ramai pandang serong kepada poligami ialah kerana ramai lelaki yang berpoligami tidak adil. Tak cukup syarat pun untuk poligami dan banyak menimbulkan keburukan lebih daripada kebaikan.

Hari ini ramai lelaki rasa layak dia berpoligami sebab dia mampu dari segi kewangan. Sebenarnya, definisi suami mampu bukan dari segi kewangan sahaja tetapi sebenarnya ialah mampu mengekalkan ketenangan dalam rumah tangga.

Sebelum ini, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua.

Menurut Abang Tesla, isteri pertamanya reda dan hanya menjaga aibnya sebagai suami.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×