berita

Latest Posts

Foto : Nurul Wahab Sambut Ramadhan Di Perancis

July 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Nurul Wahab 10

Pada tanggal 9 Julai lalu, Nurul Wahab dan suami tercinta, Eric Depp telah terbang ke Perancis bagi mempelajari bahasa ibunda negara tersebut dan dalam masa yang sama penyanyi berkenaan turut mengambil peluang yang ada untuk merehatkan diri daripada sebarang aktiviti seni sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berkongsi mengenai pengalaman menyambut Ramadhan di Perancis, Nurul turut memaklumkan bahawa pada ketika ini negara tersebut berada dalam keadaan musim panas, oleh itu masa siangnya adalah terlalu panjang.

Perkara ini sekaligus membuatkan Nurul terpaksa berpuasa dalam jangka waktu yang panjang berbanding biasa.

Sesiapa nak datang holiday for next summer (2014) – nak sekarang pun boleh. Tapi kena tahan puasa lebih 12 jam ye..

Kalau rasa tak larat puasa di Malaysia, meh le puasa kat sini… gelap jam 10 malam.. #ramadhandiperantauan #saintdie #desvosges#france #fastingmonth #summer

Read More

Foto: Wan Sharmila Sudah Temui Pengganti?

July 25th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Wan Sharmila

Sejak bercerai lebih kurang empat tahun lepas, Wan Sharmila jarang dikaitkan dengan mana-mana lelaki walaupun pernah menyatakan hasrat mahu berkahwin lagi.

Namun pastinya ramai peminat dapat menghidu sesuatu apabila Wan sering memuat naik gambar di Instagram dengan caption yang menggambarkan seolah-olah dia sedang dilamun cinta sekarang ini.

Read More

Hattan Kahwini Arianie Buat Kali Kedua

July 25th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Hattan & Arianie

Akhirnya, selepas bercerai pada tahun 2005, selebriti iaitu Hattan telah sah bernikah semula dengan bekas isterinya, Datin Arianie Abidin, petang semalam (24 Julai).

Menerusi laporan mStar Online, pasangan ini telah sah bergelar suami isteri di sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Hattan ketika ditemubual menjelaskan, kerana terlalu gembira, penyanyi ini telah tersasul sehingga menyebabkan beliau terpaksa melafaz akad nikah buat kali kedua.

“Sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata kegembiraan saya kerana doa saya selama bertahun-tahun akhirnya termakbul.

“Sampai saya tersasul semasa akad nikah kerana berasa sebak dan gembira pada masa sama.”

Manakala, Arianie pula memberitahu bahawa beliau berharap agar perkahwinan mereka buat kali kedua ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Read More

The Killers Adakan Konsert Di Malaysia September Ini!

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-24 at 4.27.13 PM

Berita baik untuk para peminat The Killers! Anda masih ingat lagu Mr. Brightside atau mungkin Somebody Told Me?

Ya betul! The Killers bakal turun Malaysia pada September ini di Helipad Sepang International Circuit (SIC). Dibawakan khas oleh Future Sound Asia, kumpulan rock dari Amerika ini bakal menemui anda pada 22 September dan kami pasti, ramai yang sudah tidak sabar untuk menunggu ketibaan mereka.

Dianggotai oleh Brandon Flowers, Ronnie Vannucci Jr., Dave Keuning, dan juga Mark Stoermer, The Killers telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah pun melancarkan 4 buah album dimana album terbaru mereka ialah Battle Born (2012).

Konsert The Killers ini juga diadakan sempena siri jelajah bagi album Battle Born. Anda sudah dapatkannya atau belum? Read More

Video : Shae & Ella Bergabung Untuk Lagu Sayang

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-24 at 3.09.45 PM

Dengar saja lagu Sayang, kami pasti anda masih tak dapat melupakan Bobo, kan? Lenggok tari Bobo pasti akan terbayang di fikiran anda saat ini kan? Namun, kami yakin selepas ini, para peminat pasti akan kembali mengingati Shae dan ya, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Baru saja melancarkan muzik video Sayang duet bersama Ella semalam, Shae muncul dengan susunan lagu yang lebih bertenaga disamping vokal Ella yang mengancam. Jika didengar kembali, Sayang versi terbaru ini lebih menarik dan sedap didengar berbanding versi asal oleh Shae sahaja.

Sebagai pendengar, kami sendiri tidak dapat membuat pilihan samada vokal Ella atau Shae yang lebih menarik. Secara jujur, pujian harus diberikan pada kedua-dua buah suara kerana berjaya menghasilkan mood yang berlainan dari lagu asal. Read More

Video: Zayn Malik Sebagai Perempuan Dalam MV 1D Terbaru

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

one-direction-BEST-SONG-EVER-2056509

Sebut sahaja nama kumpulan One Direction (1D), mesti ramai budak-budak sekolah dan remaja belia yang ekstra teruja hingga ada yang menghafal keseluruhan lirik lagu dan mengikuti perkembangan mereka.

One Direction yang dianggotai oleh Liam, Zayn, Niall, Harry dan Louis kini baru sahaja melancarkan muzik video terbaru mereka ke laman YouTube berjudul Best Song Ever.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Top Posts This Week