berita

Latest Posts

Pelajar Cemerlang Bakal Terima Tajaan RM40k Dari Ebit Lew Untuk Lanjutkan Pelajaran

February 11th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Sebelum ini, menjadi perbualan ramai mengenai seorang pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi dia terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana punyai kekangan kewangan. Kisah Nurul Asma Alya ditawarkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang perakaunan itu bagaimanapun telah mencuri perhatian pendakwah bebas iaitu Ebit Lew bagi menghulurkan bantuan.

Ebit Lew menerusi postingnya di laman Facebook memaklumkan akan menaja kos pengajian sepenuhnya kepada pelajar dari Tumpat, Kelantan itu termasuk juga kos penginapan.

Read More

Vaksin Percuma Untuk Warga Asing, Netizen Minta Kerajaan Jangan ‘Lupa’ Masyarakat Di Pedalaman & Orang Asal

February 11th, 2021 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan vaksin secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia.

Artikel berkaitan: Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid-19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

Susulan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen meluahkan pelbagai pandangan mereka berhubung isu pemberian vaksin secara percuma kepada golongan tersebut.

Read More

48 Tahun Tunggu Kepulangan Kekasih, Penantian Warga Emas Ini Berakhir Selepas Ditemui ‘Terbaring’ Di Tepi Jalan

February 11th, 2021 | oleh Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata cinta tidak semestinya memiliki. Meskipun sudah menyulam cinta bertahun-tahun lamanya dan pelbagai pengorbanan yang dilakukan, jika ditakdirkan dia bukan jodoh kita, maka kita perlu terima.

Begitu lah kisah yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila sanggup menunggu kepulangan sang kekasih hingga ke hujung hayatnya.

Read More

Kerajaan Setuju Beri Vaksin Covid-19 Secara Percuma Kepada Warga Asing

February 11th, 2021 | oleh Zulaikha
Kini Trending

Umumnya mengetahui, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini mengumumkan pemberian vaksin akan mula diagihkan bermula Mac ini.

Pengagihan vaksin ini juga akan diberikan secara berperingkat bermula dengan barisan petugas hadapan, diikuti dengan warga emas yang mempunyai penyakit kronik dan yang terakhir orang awam yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Artikel Berkaitan: Akan Diagihkan Secara Berperingkat, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Seawal Mac

Terbaru, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaluddin, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan vaksin secara percuma kepada warga asing yang menetap di Malaysia.

Read More

Waspada Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN, Lebih RM600k Kerugian Dicatatkan Tahun Ini

February 11th, 2021 | oleh Amat
Kini Trending

Isu scammer tidak asing lagi di negara kita. Tidak dinafikan, ramai juga yang pernah menjadi mangsa kepada penipuan yang melibatkan sejumlah wang sehingga cecah ratusan ribu ringgit.

Terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi posting di laman Facebook menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana mereka yang terlibat dengan sindiket penipuan ini dipercayai telah menyamar sebagai pegawai LHDN.

Read More

‘Kami Tidak Pernah Gaduh, Saman Menyaman’ – Linda Rafar Sumbang Makanan Kepada Kakitangan Hospital

February 11th, 2021 | oleh Amirul Asraf
Kini Trending

Suatu ketika dahulu, nama penyanyi, Linda Rafar ini pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia meluahkan rasa kurang senang dengan layanan yang diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital terhadap arwah ibunya.

Artikel berkaitan: Upload Gambar Jururawat Di Instagram, Linda Rafar Dituntut Mohon Maaf & Gantirugi Fitnah

Artikel berkaitan: ‘Hanya Pertahankan Hak Ibu’ – Imej & Reputasi Tercalar, Linda Rafar Mahu Saman 100 Netizen

Terbaru, sempena hari ulang tahun kelahiran Linda iaitu pada hari ini, dia telah memberi sedekah makanan buat kakitangan yang berkhidmat di hospital berkenaan. Tambahnya, sedekah tersebut diniatkan khas untuk arwah ibunya iaitu Rasimah binti Abd Rahman.

Read More

Subscribe Youtube OHBULAN! Banyak Video Best!

Cerita Sensasi daripada Berita Harian

Masakan terbaru daripada MyResipi

SKIP THIS AD ×