berita

Latest Posts

Keek : Erma Fatima Jawab Isu Perangai Gila-gila Bakal Menantu, Sharifah Sakinah

June 4th, 2013 | by Ai
Video Popular

Erma Fatima

Semua peminat hiburan tempatan sedia maklum, Sharifah Sakinah kini sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22.

Memandangkan sebelum ini Sakinah pernah dikaitakn dengan pelbagai kontroversi video mengarut dan tidak elok, oleh itu sebagai ibu kepada teman lelaki Sakinah, Erma Fatima hanya mampu tersenyum dan menyifatkan perangai gila-gila pelakon itu adalah sama sepertinya di zaman muda-muda dahulu.

Huhh..nasib baik suatu ketika dahulu saya pernah gila macam dia. Jadi, dapat menantu gila pun bolehlah daripada tak ada.

Artkel Berkaitan :

Erma Fatima

Sharifah Shahora bergurau mengenai isu pakaian dalam merah

Dalam pada itu, sewaktu Sharifah Shahora bergurau kepada Erma Fatima mengenai video pakaian dalam merah yang pernah dimuat naik oleh Sakinah, pengarah ini hanya tergelak dan menjawab, “I tak kisahlah nak pakai bra merah ke, biru, kuning, hijau, kita orang Malaysia kan? 

Untunglah Sakinah dapat bakal mak mertua yang sporting macam Erma Fatima ini kan? Melalui respon peminat, mereka juga melahirkan rasa kagum dengan sikap terbuka pengarah tersebut dan menyifatkan Erma sebagai seorang ibu mertua yang baik. Read More

Saya Tak Terdesak Untuk Jalinkan Hubungan Serius – Maya Karin

June 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Maya karin-20

Petang semalam telah berlangsungnya sidang media bagi memperkenalkan Maya Karin sebagai artis baru dibawah syarikat rakaman terkenal, Warner Music Malaysia bertempat di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor.

Sewaktu majlis berlangsung, Maya Karin telah mendedahkan kepada pihak media bahawa kini dirinya dalam proses mengenali hati budi seseorang, akan tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut siapakah identiti sebenar jejaka misteri itu. Bagi Maya, biarlah segala-galanya berjalan dengan lancar seperti biasa tanpa perlu didesak dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Ya, saya memang ada kenal dengan seseorang tapi dia jauh daripada saya. 

Dia berada jauh beribu-ribu batu.

Sekarang ini saya tengah fikirkan boleh ke tidak hubungan kami ini pergi lebih jauh. Tapi, itulah saya pun tak terdesak sangat untuk jalinkan hubungan yang serius. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada pun, tak mengapa.

Maya karin-7

Maya enggan mendedahkan identiti sebenar jejaka pilihan

Memandangkan Maya ada menyebut jejaka tersebut kini berada jauh daripadanya, jadi timbul persoalan dikalangan pihak media, adakah aktres cantik ini sengaja memilih jejaka yang berasal dari negara luar berbanding negara sendiri?

Saya tak buat keputusan macam itu.

Saya tak kisah, asalkan dia cerdik dan bersikap menghormati orang lain.

Read More

Popular? Saya Tidak Tercabar – Fahrin Ahmad

June 3rd, 2013 | by Ai
Gaya Hidup

Fahrin Ahmad InTrend

Kalau sekali baca, ia memang satu kenyataan yang sangat berani dan ‘direct’ dari pelakon iaitu Fahrin Ahmad. Namun itulah tajuk utama bagi majalah InTrend isu lelaki untuk bulan Jun 2013.

Tampil memakai baju dalam berbelang hitam putih dan ‘trench coat’ berwarna oren, Fahrin memang melambangkan ciri-ciri seorang lelaki yang mempunyai karisma dan keunikannya yang tersendiri.

Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kenyataannya itu? Kalau mahu tahu, anda haruslah dapatkan majalah InTrend  isu lelaki keluaran Jun ini.

Screen Shot 2013-06-03 at 3.04.48 PM

InTrend kali ini turut menampilkan isu mengenai 5 jejaka yang membongkar rahsia sulit mereka dan salah seorangnya adalah Shaheizy Sam. Bagi para peminat diluar sana, apa tunggu lagi?

Tak sabar OHBULAN! nak dapatkan sekarang! Read More

Nikmati Pakej Astro Yang Lebih Murah Dengan Kad Prabayar NJOI

June 3rd, 2013 | by Ai
Gaya Hidup

EVENT NJOI ASRO-7

Anda seorang pelanggan Astro dan inginkan pakej yang lebih ekonomi dan mudah?

Ini ada berita baik untuk anda semua, di mana pihak siaran televisyen berbayar Astro kini tampil dengan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai NJOI.

EVENT NJOI ASRO-6

En. Shaiful Subhan menunjukkan kad tambah nilai NJOI

Nak tahu apa itu perkhidmatan prabayar NJOI?

Sebenarnya NJOI merupakan pakej ekonomi bagi anda yang ingin melanggan saluran-saluran Astro secara mudah menerusi tambah nilai kad prabayar NJOI yang mempunyai nilai harga RM5, RM10 dan RM20.

Menerusi kad prabayar ini anda layak memilih 11 saluran pilihan yang ditawarkan oleh pihak Astro, antaranya adalah Astro Bella, Astro Citra, Astro Warna, Pek Sukan (Astro Arena dan Astro SuperSport 4), Astro First dan juga Astro Best.

Read More

Michelle Yeoh Kini Bergelar Tan Sri

June 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Tan Sri Michelle Yeoh

Anugerah demi anugerah, mungkin itulah hadiah yang paling setimpal selepas kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh selebriti popular, Michelle Yeoh, 49.

Baru sahaja menerima anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada tahun lepas (22 Mei 2012), pelakon kelahiran Perak ini sekali lagi dianugerahkan dengan pingat Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Anugerah ini diberikan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada hari Sabtu lepas, 1 Jun.

Dan untuk pengetahuan anda, Michelle Yeoh bukan satu-satunya selebriti kelahiran tempatan yang menerima pingat sempena hari Keputeraan Agong. Pereka kasut antarabangsa iaitu Jimmy Choo dan Zang Toi juga telah dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara, sekaligus memberikan mereka gelaran Datuk.

Tan Sri Michelle Yeoh sebelum ini pernah membintangi filem-filem hebat seperti Crouching Tiger Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, The Lady dan juga James Bond : Tomorrow Never Dies.

Fizo Omar Macho Hiasi Muka Depan Majalah Men’s Health Edisi Jun

June 3rd, 2013 | by Ai
Gaya Hidup

Fizo Omar Hiasi Muka Depan Men's Health

Bagi edisi bulan Jun 2013, pihak majalah Men’s Health telah menampilkan pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar sebagai penghias muka depan majalah mereka.

Menerusi foto yang dipaparkan, penampilan Fizo kelihatan sangat macho dengan padanan t-shirt ketat rona coklat dan pembentukan susuk tubuhnya yang sasa telah mengundang pelbagai respon positif daripada peminat terutamanya golongan wanita.

Kebanyakan peminat wanita menggemari tubuh sasa yang dimiliki oleh Fizo dan ada juga yang musykil dengan bentuk tubuh pelakon itu yang kelihatan sedikit berotot dan tegap.

Fizo Omar

Read More

Top Posts This Week


Shout Out!