berita

Latest Posts

ASOT 600 KL : Armin Van Buuren Bawa Bersama 5 Lagi DJ Terkenal!

December 17th, 2012 | by Ai | 0 comments
Kini Trending

Pertama kali diadakan di Malaysia, A State Of Trance 600 (ASOT)  yang dihoskan oleh Armin telah memilih Malaysia sebagai destinasi jelajah mereka disamping beberapa lagi buah negara di seluruh dunia. Mungkin ada yang tidak pernah mendengar tentang ini, tapi bagi peminat muzik ‘trance’ dan juga EDM, ASOT bukanlah satu perkara yang asing bagi mereka.

Bagi yang masih belum tahu, Armin Van Buuren telah pun mengumumkan nama-nama dj dan produser lagu yang akan turut beraksi bersamanya pada 15 Mac 2013 di Sepang nanti. Antaranya ialah produser dari W&W (Belanda), Aly & Fila (Mesir), Super8 & Tab (Finland), Cosmic Gate (Jerman) dan juga dj yang semakin dikenali, Ben Gold.

“To all our fans in Southeast Asia, we’re finally coming, and I promise you this; 15 March 2013 will be a date that will be etched in your memory forever. Together with some of my very good friends who are also some of the world’s best trance music producers, we’re going to ensure that your experience at ASOT600 in Kuala Lumpur will quite simply be, legendary” – Armin Van Buuren

Kesemua dj-dj diatas telah menghasilkan lebih dari 10 lagu dan masing-masing mempunyai peminat dan keunikan mereka yang tersendiri. Bagi para peminat, ini merupakan satu peluang keemasan untuk melihat 6 dj ternama bergabung diatas satu pentas. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web FMFA 2013.

Amar Ashraf Mengaku Sudah Bertunang

December 17th, 2012 | by Ai | 6 comments
Kini Trending

Meskipun baru dalam dunia lakonan, bakat yang terdapat pada pelakon kacak Amar Ashraf tidak dapat disangkal lagi apabila dirinya dipilih sebagai peneraju utama drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember ini.

Aktor yang suatu ketika dahulu terkenal menerusi drama ‘Nilapura’ ini bagaimanapun mengaku dirinya seorang yang pemalu dan drama ‘Setia Hujung Nyawa’ merupakan lakonan pertamanya memegang watak sebagai seorang yang romantik.

“Ini adalah kali petama saya memegang watak romantik dan saya harap penonton boleh terima lakonan saya.”

“Saya sebenarnya bukanlah peminat novel. Memandangkan drama ini adalah adaptasi daripada sebuah novel, jadi saya terpaksa membaca novel tersebut demi menjiwai lagi karakter Zain Hakim yang degil, anak mak dan sedikit ego.”

Berkongsi mengenai cerita peribadi,  jejaka tampan ini mengaku statusnya kini sudah bergelar tunang orang sejak Aidilfitri lalu, akan tetapi enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti sebenar gadis pilihannya.

“Saya dah bertunang pada tiga hari raya yang lalu dan kami ikat selama setahun.”

“Tunang saya seorang yang memahami dan kami telah bercinta selama dua tahun lebih. Dia merupakan orang Perak.”

“Sebenarnya saya tak nak berkongsi lebih-lebih pasal tunang. Cukuplah peminat tahu status sebenar saya dan untuk berkongsi lebih lanjut itu ada hadnya juga,” ujar Amar sambil tersenyum.

Fouziah Gous Nafi Sudah Berkahwin Dengan VVIP

December 17th, 2012 | by Ai | 22 comments
Kini Trending

Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak.

Ketika ditemui di lokasi pengambaran filem seram, “[email protected]” baru-baru ini, Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini.

“Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan,” ujarnya dengan tegas.

Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya dahulu.

“Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini.

“Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta,” jelasnya lagi.

Terbaru, Fouziah Gous sedang menjalani sesi penggambaran filem seram “[email protected]” dan memegang watak Sunti, sorang gadis kampung yang telah dirogol oleh kumpulan remaja lelaki yang dikenalinya. Sunti muncul setelah dua tahun menghilangkan diri untuk membalas dendam kepada kumpulan remaja lelaki yang telah merogolnya melalui laman sosial ‘Facebook’.

Filem arahan James dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya (NSK) ini akan turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Izzue Islam, Lufya Omar, Jenny Cotez, Anas Mentor, dan juga Syazwan Zulkifli. Filem ini bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2013.

Monday Music : Lagu “Juwita” Nyanyian Adira & Hazama Punya Unsur Muzik Radiohead?

December 17th, 2012 | by Ai | 4 comments
Video Popular

Sudah lebih 4 bulan dimuat-naik, lagu berjudul “Juwita (Mana Hilangnya?)” yang juga lagu tema bagi drama Mana Hilangnya Juwita sememangnya sebuah karya yang sangat unik dan memikat halwa telinga.

Jarang dimainkan di radio-radio tempatan, lagu nyanyian Monoloque bersama Adira dan juga Hazama ini memberikan satu kelainan dimana Adira mempersembahkan gaya nyanyiannya yang lain daripada biasa. Vokal Hazama juga menjadi kombinasi yang sangat bertenaga disamping Adira.

Melalui peminat sendiri dari laman Youtube, mereka kagum dengan lagu ini kerana muziknya yang hampir seperti lagu berjudul “Paranoid Android” oleh kumpulan Radiohead.

Apa pun, OHBULAN! pasti ramai yang masih belum mengenali lagu ini kan? Mari dengar selepas ini.

Zila Bakarin Tidak Kisah Dilabel Wanita Seksi

December 17th, 2012 | by Ai | 12 comments
Kini Trending

Zila Bakarin merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri lakonan tempatan. Aktres yang sinonim dengan gelaran wanita seksi ini bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut dan akui cuba untuk mengubah cara pemakaiannya.

“Dulu memang saya seksi dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang seksi sehingga berani mati. Tetapi sekarang ini saya cuba untuk kurangkan sikit seksi tersebut sebab umur pun dah menjangkau 37 tahun. Tak nak la nanti orang cakap, dah tua-tua pun perangai tak ubah-ubah,” ujar Zila sambil tergelak.

Mengulas lebih lanjut mengenai penampilan seksi pelakon ini, timbul juga persoalan dikalangan pihak media tidakkah Zila khuatir dengan perspektif masyarakat terhadap penampilannya dan bilakah agaknya dia ingin berhijrah untuk mengenakan hijab seperti rakan-rakan artis yang lain?

“Saya tak peduli apa orang nak cakap. Apa guna kita berubah pakai tutup-tutup tapi hati masih lagi busuk.”

“Kalau boleh saya nak tutup dan bersihkan hati dulu lepas tu barulah berubah.”

“Saya tak nak ‘target’ umur berapa untuk pakai hijab. Insyallah, sekiranya suatu hari terbuka untuk berhijrah, saya akan pakai juga.”

Berkongsi mengenai watak jahat yang sering dibawakan oleh Zila, pelakon wanita ini akui sememangnya dia lebih selesa untuk membawakan watak tersebut dan akur karakter sebegitu lebih sesuai untuk dirinya.

“Saya memang suka bawa watak jahat sebab watak tersebut senang. Macam muka saya ni, buat sikit je orang dah terus nampak jahat.”

“Saya paling suka bawa watak yang boleh dikatakan sebagai punca untuk sesuatu konflik dalam drama atau cerita tersebut. Yelah, sesuatu cerita tidak akan menarik  kalau tak ada watak jahat macam saya ini,” komen Zila sambil tergelak.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkembangan terbaru, Zila yang baru sahaja melahirkan anak keduanya Julai lalu difahamkan bakal muncul dalam drama terbaru berjudul ‘Setia Hujung Nyawa’ yang akan mula ditayangkan pada 24 Disember ini menerusi Slot Akasia di TV3.

Zed Zaidi Ambil Tindakan Lanjut Ke Atas Julia Perez

December 14th, 2012 | by Ai | 43 comments
Kini Trending

Ekoran kes pertelingkahan di antara Presiden Seniman, Zed Zaidi dan pelakon seksi, Julia Perez semalam, ramai pihak media mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada mengenai pas kemasukan Julia Perez sebagai lawatan atau bekerja di Malaysia.

Zed Zaidi memaklumkan bahawa, bakal ada tindakan tegas akan diambil ke atas pelakon, Julia Perez yang datang ke sini bagi menjalani penggambaran filem Sumpahan Malam Pertama baru-baru ini tanpa permit yang sah.

Isu ini panas gara-gara apabila Julia Perez bermulut lancang mengutuk kualiti drama tempatan di laman Twitternya tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya dan industri lakonan Malaysia.

Menurut Zed Zaidi melalui laman sosial Twitter miliknya, dia telah pun ke bahagian perlesenan Finas serta Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan (SPP) untuk membuat pengesahan tentang permit Julia Perez menjalani pengambaran secara sah atau tidak.

Merujuk kepada jawapan yang telah diberikan oleh pihak  Finas, ada permohonan (SPP) atas tajuk Filem  “Sentuhan Malam Pertama” tetapi tiada permohonan (PFA) atas kemasukan Julia Perez. Tambahan lagi, borang pekerja filem asing tidak direkodkan dalam data Finas mengenai Julia Perez, cuma terdapat senarai artis tempatan sahaja.

Dibawah syarat Padu Citra (SPP), Julia Perez wajib menjadi ahli kepada 3 persatuan yang diiktiraf oleh Finas iaitu Artis Untuk Seniman. Dalam rekod Persatuan Seniman, nama Julia Perez tidak pernah didaftarkan sedangkan itu adalah syarat wajib bagi kelulusan permit (SPP).

Tambahan, Finas sedang menjalankan siasatan ke lokasi pengambaran melalui pasukan penguatkuasaan bahagian utara untuk tindakan tindakan lanjut. Menurut mesej ringkas yang di terimanya dari Pegawai Finas selepas solat jumaat tadi, akan datang lokasi membuat serbuan lokasi di Padang Kota Lama.

Dalam laman sosial Twitter miliknya juga, mempersoalkan Imigresen tentang kemasukan Julia Perez ke Malaysia sebagai pelawat tetapi menyalahgunakan permit lawatannya dengan bekerja di Malaysia tanpa sebarang tindakan.

Menurutnya lagi apa yang dilakukannya  adalah berdasarkan undang-undang, akta, garis panduan, serta syarat artis luar  yang bekerja di Malaysia.

Top Posts This Week


Shout Out!